More
    Home Sarawak Kapit RM348 juta diperuntukkan untuk pembangunan Daerah Kapit-Premier Sarawak

    RM348 juta diperuntukkan untuk pembangunan Daerah Kapit-Premier Sarawak

    KAPIT, 07 JUN 2022 (SNN): Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju meluluskan dana tambahan sebanyak RM348 juta bagi menjamin pembangunan yang pesat serta mengatasi beberapa isu yang dihadapi di Kapit.

    Abang Jo dalam ucapan beliau semasa menghadiri Jamuan Teh sempena Sambutan Hari Perayaan Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XVI peringkat negeri Sarawak berkata, daerah Kapit kini khususnya bandar Kapit mengalami isu kesesakan lalu lintas akibat daripada pembangunan rangkaian jalanraya yang menghubungkan ke Bahagian Sibu.

    “Bagi memastikan isu berkenaan dapat diatasi selain hasrat menjadikan Kapit sebuah bandar yang pesat memabngun saya telahpun meluluskan peruntukan sebanyak RM190 juta bagi menaik taraf jalan raya di seluruh daerah Kapit.

    “Selain itu, RM105 juta juga diperuntukkan untuk membina jalan raya yang mana akan menghubungkan Ulu Sungai Katibas dengan Sungai Bangkit berikutan kawasan Song di Katibas juga sedang rancak membangun,” ucap beliau pada majlis di Kapit Town Square pada Isnin.

    Tambahnya lagi, sejajar dengan aktiviti pembangunan yang kini rancak di kawasan Sungai Tunoh kerajaan negeri juga berhasrat akan membangunkan grid elektrik dari Kapit ke Tunoh sejuh 35 Kilometer dengan jumlah peruntukan sebanyak RM53 juta.

    Sejurus selesai majlis, Premier Sarawak bersama dif kenamaan yang lain turut meluangkan masa meninjau salah satu projek yang telah dibangunkan iaitu Kapit Lily Pond.

    Premier Sarawak meninjau projek Kapit Lily Pond yang menjadi salah satu tarikan pelancong yang datang ke bandar Kapit.-Foto CMO.

    Di sebelah malam pula, majlis sambutan Hari Keputeraan YDPA ke-XVI diteruskan dengan Persembahan Citra Muzikal sebagai tanda penutup tirai hari perayaan Peringkat Negeri Sarawak tahun 2022.

    Konsert yang diadakan pada malam Isnin itu disaksikan lebih 1,000 warga Kapit terdiri dari pelbagai kaum dan agama yang berkumpul di Kapit Town Square bagi menyaksikan hiburan daripada artis-artis tempatan yang mempersembahkan nyanyian dalam pelbagai bahasa.

    Antara penyanyi yang hadir membuat persembahan ialah Chien, Olivia C, Ramles Walter, Ricky Andrewson dan Bob Yusuf sambil diiringi persembahan muzikal daripada kumpulan orkestra, Prodigy.

    Selain itu, konsert pada malam itu juga turut mempersembahkan Dramatari yang memaparkan kehidupan masyarakat Iban pada masa dahulu.

    Persembahan Citra Muzikal sempena sambutan Hari Keputeraan YDPA ke-XVI Peringkat Negeri Sarawak diraikan dengan penuh gemilang dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa.

    Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab, Datuk John Sikie Tayai serta isteri, Datin Melia Gelen turut meluangkan masa menyaksikan konsert tersebut dan seterusnya disajikan dengan demonstrasi bunga api di Kapit Waterfront sebagai tanda penutup malam Persembahan Citra Muzikal 2022.

    Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera); Jefferson Jamit Unyat, Ahli Parlimen Hulu Rajang; Datuk Wilson Ugak Kumbong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh; Nicholas Kudi Jantai, Residen Bahagian Kapit; Nyurak Keti dan Temenggong Datuk Wilfred Billy Panyau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...