More
    Home Malaysia Rebut peluang belajar ke peringkat pengajian tinggi sekiranya berkelayakan

    Rebut peluang belajar ke peringkat pengajian tinggi sekiranya berkelayakan

    SADONG JAYA, 05 JANUARI 2025: Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Pesantren Abdul Taib Mahmud (PATMA) diseru untuk merebut peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sekiranya berkelayakan meskipun sudah melepasi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

    Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee memberitahu, kejayaan semasa SPM dan STAM bukanlah titik noktah kepada pelajar, sebaliknya langkah pertama dalam perjalanan panjang menuju masa depan yang lebih gemilang.

    Jelasnya, tawaran tanpa had dalam bidang pendidikan pada hari ini haruslah dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.

    Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Apresiasi dan Graduasi Sesi 2024/2025 SMKA PATMA yang berlangsung di Dewan Sri Laila, pada Sabtu.

    Seramai 96 pelajar SPM dan 19 pelajar STAM telah diraikan atas kejayaan mereka memperolehi keputusan cemerlang dalam kedua-dua peperiksaan tersebut-UKAS

    Mengulas lebih lanjut, Rodiyah turut menyeru kepada ibu bapa agar terus memberi sokongan dan peluang kepada anak-anak mereka yang ingin meneruskan pelajaran mereka minati, di samping membantu mereka memilih kerjaya yang relevan dengan keperluan semasa.

    Rodiyah dalam kesempatan itu turut mengumumkan sumbangan dana sebanyak RM15,000 kepada SMKA PATMA.

    Turut hadir sama ialah Pemangku Pengetua SMKA PATMA; Ustazah Marianawati Embok, Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKA PATMA; Salasiah Bujang Narawi, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan; Shbini Saini, Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Perbandaran Kota Samarahan; Abdul Muttalib Julaihi dan Pemanca Melayu Daerah Asajaya; Salleh Kemis-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting lahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang

    0
    LIMBANG, 06 JANUARI 2025: Hari Apresiasi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memainkan peranan penting dalam memperkasakan...