More
    Home Malaysia Rasmi; Calon GPS DUN N27 Sebuyau menang dengan majoriti 4,134 undi

    Rasmi; Calon GPS DUN N27 Sebuyau menang dengan majoriti 4,134 undi

    SEBUYAU, 18 DISEMBER 2021 (SNN) : Proses pengundian yang berlangsung sehingga jam 5.00 petang tadi menyaksikan keputusan rasmi dimenangi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diwakili penyandang sebelumnya Datuk Julaihi Narawi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N-27 Sebuyau dengan majoriti 4,134 undi mengalahkan dua calon dari parti lawan.

    Seramai 6,226 pengundi atau 66.47% yang turun membuang undi bagi DUN Sebuyau dengan menyaksikan tiga calon bertanding dimana calon GPS mendahului undian sebanyak 4,937 atau 79.30% mengalahkan calon parti AMANAH diwakili Wan Chee Bin Wan Mahjar dengan undian diperoleh sebanyak 803 atau 12.90% disusuli calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) diwakili Wel@Maxwell Ak Rojis dengan undi paling sedikit iaitu 486 undian atau 7.86%.

    Menerusi paparan infografik rasmi yang dikeluarkan oleh TVS, sebanyak 145 undi ditolak atas alasan tertentu dan ini menjadikan calon GPS Datuk Julaihi Narawi akan terus mewakili rakyat bagi kawasan DUN Sebuyau untuk tempoh sepenggal atau 5 tahun.

    Sumber; Info Grafik TVS

    Tahniah diucapkan kepada Datuk Julaihi Narawi yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 bagi kerusi DUN Sebuyau pada kali ini sekaligus mempertahankan kerusi yang disandang oleh beliau sebelum ini. Semoga Datuk Julaihi Narawi dapat terus memberikan khidmat yang terbaik untuk penduduk di kawasan DUN Sebuyau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...