More
    Home Rakyat Sarawak diminta terus waspada dengan penularan Varian Delta Covid-19

    Rakyat Sarawak diminta terus waspada dengan penularan Varian Delta Covid-19

    KUCHING, 15 JULAI 2021 (SNN) : Rakyat di negeri Sarawak diminta agar terus berwaspada dengan penularan Varian Delta Covid-19 walaupun negeri ini mula beralih kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 yang bermula 14 Julai 2021.

    Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, susulan terdapat peningkatan kes jangkitan Varian Delta Covid-19 sejak awal Julai lalu rakyat dinasihati agar sentiasa berwaspada dan terus amalkan langkah-langkah keselamatan diri dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) walaupun negeri ini berjaya beralih ke fasa kedua.

    “Pada fasa kedua ini sektor ekonomi dibuka secara berperingkat dan sudah pasti dapat menyelamatkan mata pencarian yang terjejas. Bagaimanapun, aktiviti sosial dan perhimpunan beramai-ramai tetap tidak dibenarkan ekoran kebimbangan kita terhadap penularan varian ini.

    “Sejak beberapa minggu yang lalu, kebanyakan yang dijangkiti Covid-19 adalah golongan orang muda dan kanak-kanak. Ini menunjukkan pola jangkitan Covid-19 ini berubah dan sekiranya situasi ini semakin teruk kesihatan mereka juga akan merosot,” kata beliau semasa sidang media Sambutan Hari Sarawak di Wisma Bapa Malaysia pada Selasa.

    Jelasnya, beliau menyeru rakyat Sarawak yang ingin kembali ke negeri ini untuk terus bersabar walaupun terpaksa menjalani perintah kuarantin dua minggu di Kuala Lumpur dan dua minggu lagi di negeri ini kerana ini adalah untuk kebaikan diri mereka dan rakyat di negeri ini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Jambatan Bandar Lawas rancakkan lagi sektor pembangunan kawasan Utara Sarawak

    0
    LAWAS, 28 NOVEMBER 2024: Projek Jambatan Bandar Lawas baharu di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dijangka membawa impak besar kepada pembangunan wilayah Utara...