More
    Home Sarawak Kuching Rakyat perlu lebih berhati-hati elak jadi mangsa penipuan dalam talian

    Rakyat perlu lebih berhati-hati elak jadi mangsa penipuan dalam talian

    KUCHING, 03 SEPTEMBER 2023 (SNN): Semua rakyat digesa untuk lebih berhati-hati dan melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai keselamatan siber berhubung penipuan dalam talian agar tidak terus menjadi mangsa.

    Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil memberitahu, hal ini kerana jenayah siber kini mengambil peluang seiring dengan kemajuan teknologi dan kaedah transaksi atas talian yang membuka ruang kepada mereka melakukan jenayah siber sehingga merugikan rakyat.

    Katanya lagi, rakyat perlu harus lebih berhati-hati dan tidak mudah menjadi mangsa penipuan kerana mereka (penjenayah) ini amat bijak mempedaya mangsa mereka dengan menyamar menjadi ejen, pegawai bank dan sebagainya.

    Dalam pada itu, Premier Sarawak dalam ucapan beliau menegaskan Kerajaan Sarawak akan menggunakan kaedah keselamatan siber yang digunakan oleh United Kingdom (UK) bagi membendung dan menangkap penggodam di negeri ini.

    YAB Premier Sarawak menyampaikan cendera mata kepada Menteri Komunikasi dan Digital sebagai tanda kenang-kenangan.

    “Berdasarkan pengalaman saya ke UK baru-baru ini dan bertanya pakar keselamatan siber cara menangkap penggodam, dia memberitahu untuk menangkap penjenayah kita perlu ada seorang pakar penggodam untuk menjejaki penjenayah penggodam itu juga,” katanya.

    Beliau berkata sedemikian pada Majlis Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak di Muzium Budaya Borneo pada Sabtu.

    Abang Johari menambah, kita juga perlu memilik lebih banyak pakar keselamatan siber bagi mengelakkan lebih ramai orang awam menjadi mangsa jenayah siber.

    Selain itu, kepakaran itu juga perlu kerana kerajaan sememangnya memerlukan teknologi siber dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang penting termasuk dalam sektor penjagaan kesihatan dan sebagainya.

    Turut hadir sama adalah, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Julaihi Narawi, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak; Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak; Dr. Hazland Abang Hipni, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan); Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi); Datu Hii Chang Kee.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...