More
    Home Sarawak Limbang Rakyat Limbang dan Lawas semakin terhimpit, Kerajaan Brunei kenakan bayaran sangat mahal,...

    Rakyat Limbang dan Lawas semakin terhimpit, Kerajaan Brunei kenakan bayaran sangat mahal, jalan hulu Tubai belum dapat disiapkan

    LIMBANG, 08 JANUARI 2022 (SNN) : Kerajaan Negara Brunei Darusalam telah memperkenalkan syarat baru bakal membebankan rakyat Sarawak yang tiada pilihan terpaksa masuk ke negara jiran itu berikutan kegagalan Kerajaan Malaysia dan Sarawak membina jalan tanpa melalui kesultanan itu.

    Utusan Borneo Online baru baru ini melaporkan kekecewaan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah dengan perkembangan terkini projek dinantikan rakyat pembinaan jalan dari Ulu Tubai hingga Mentawai, Gunung Buda, yang juga bakal menghubungkan daerah ini ke Mulu dan Miri tanpa melalui Brunei.

    Beliau berkata projek kerajaan Sarawak dibawah Agensi Pembangunan Utara Sarawak (NRDA) apabila siap bakal membuka laluan untuk sektor perlancongan di Gunung Buda itu sendiri hingga ke kawasan Taman Negara Mulu.

    Tambahnya pihak kontraktor perlu memberi komitmen menyiapkan jalan ini bagi tujuan pelancongan dan ekonomi Limbang itu sendiri, yang sepatutnya siap awal tahun 2022.

    “Jangan kata rakyat saja kecewa, saya sendiri kecewa, kerajaan sudah membuat perancangan lama, bila tiba perlaksanaan, tak tahu nak cakap apa, itu komen saya,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Kunci Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan sijil Program Penjana GiatMARA usahawan Digital, Mahir Niaga GiatMARA Sarawak di Dewan Bunga Raya baru-baru ini.

    Kenyataan media Kerajaan Negara Brunei baru-baru ini

    Ahli Parlimen Limbang itu berkata sepatutnya kontraktor yang diberi amanah untuk membina jalan ini perlu menyiapkan jalan mengikut jadual yang ditetapkan.

    “Saya bukan membidas, mana yang diberi amanah untuk membuat jalan ini laksanakanlah dan siapkan secepat mungkin, jangan ikut masa kamu, ikut masa ditetapkan kerajaan dengan peruntukan diberikan,”katanya.

    Agensi kerajaan yang bertanggungjawab juga perlu memantau pembinaan jalan untuk penyelenggaraan.

    “Tolonglah kami wakil rakyat dan tolonglah rakyat dikawasan Limbang kerana mereka yang menggunakan jalan ini nanti. Buat dengan bersungguh-sungguh dan serius mengikut jadual yang ditetapkan bukan mengikut masa kamu (kontraktor),” jelasnya lagi.

    Jelasnya segala yang diamanahkan ada hadnya dan kerajaan akan mengambi tindakan jika mereka mengambil ringan terhadap projek dan penyelenggaraan jalan yang ditunggu rakyat.

    “Justeru kontraktor yang melaksanakan projek ini perlu laksanakan yang diamanahkan,”kata beliau lagi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...