More
    Home Kampus Raih 6A SPM 2021 serta mendapat gelaran jaguh pecut muda negara, pencapaian...

    Raih 6A SPM 2021 serta mendapat gelaran jaguh pecut muda negara, pencapaian Azeem wajar jadi inspirasi generasi muda capai impian

    KUCHING, 03 JUN 2023 (SNN): Muhammad Azeem Mohd Fahmi jaguh pecut muda negara yang sering menjadi rujukan atlet muda dan para pelajar sekolah wajar menjadi inspirasi kepada anak muda yang masih di bangku sekolah atas kejayaannya dalam bidang akademik mahupun sukan.

    Memetik laporan daripada SinarBestari, atlet muda negara yang lebih gemar dikenali sebagai Azeem, 19, itu mencipta kejayaannya pada usia muda apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter dengan catatan 10.09 saat pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia.

    Tidak hanya itu, beliau turut meraih tempat ketujuh kategori 100 meter pada Kejuaraan Trek dan Padang SEC di Louisiana, Amerika Syarikat dan kini mewakili Auburn State University Alabama dengan menamatkan saingan dengan catatan masa 10.25 saat.

    Bukan hanya jaguh dalam sukan Azeem turut difahamkan merupakan seorang yang cemerlang dalam bidang akademik setelah beliau memperoleh 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 sekaligus menyaksikan beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di luar negara.

    “Syukur kepada Allah rezeki saya mendapat keputusan 6A dalam SPM selepas kejayaan dalam Sukan SEA Hanoi 2021.

    “Bagi orang lain mungkin itu hanyalah kejayaan biasa-biasa tetapi bagi saya itu adalah pencapaian terbaik dengan apa yang ditempuhi sepanjang tempoh peperiksaan SPM,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Perak itu di laman Twitternya baru-baru ini.

    Dalam pada itu, bekas pelari negara, Zaiful Zainal Abidin berkata, Miuhd Azeem seorang pelari yang sangat berdedikasi dan cepat menyesuaikan diri dengan memperoleh kejayaan dalam masa yang singkat.

    “Dia memiliki semangat sukan yang tinggi yang mahu mengejar kejayaan seiring dalam arena sukan mahupun akademik dan berharap pada masa akan datang beliau akan terus berjaya dalam apa jua bidan diminatinya,” ujarnya lagi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak guna teknologi terkini fokus jana ekonomi berteraskan air

    0
    KUCHING, 23 OKTOBER 2024: Sarawak kini memberi tumpuan kepada pengurusan air yang mampan serta penggunaan teknologi terkini dalam usaha memperkukuhkan ekonomi berteraskan air. Premier Sarawak,...