SIMUNJAN, 23 MEI 2021 (SNN) : Ahli Parlimen Batang Sadong Dato Nacy Shukri melalui Pusat Khidmat Parlimen Batang Sadong menghulurkan bantuan segera kepada mangsa kebakaran di Kampung Pantong Melayu pada Sabtu.
Kakitangan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Batang Sadong meninjau sendiri keadaan rumah mangsa yang telah musnah sepenuhnya dalam satu kejadian pada jam 4.15 petang semalam.
Dato Nancy dalam satu kenyataan di laman media sosial miliknya memberitahu pihaknya akan berusaha membantu dalam membaikpulih semula kediaman mangsa di bawah peruntukan Bencana Batang Sadong.
Terdahulu, rumah milik Zainul Talip telah terbakar dan berjaya dikawal sepenuhnya oleh pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan. Walau bagaimanapun, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.
Turut hadir sama melawat rumah mangsa adalah wakil kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya; Awang Safri Awang Ahmad dan Ketua Kampung Pantong Melayu; Zamahari Razali.