SEBUYAU 25 APRIL 2021 (SNN): Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau pada Sabtu mewakili ADUN Sebuyau Datuk Julaihi Narawi telah mengagihkan 400 bungkusan bubur lamhuk dan kurma kepada penduduk di sekitar Sebuyau.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Hilur Sebuyau, Mohamad Yassin bagi mewakili Datuk Julaihi Narawi.
Program yang dijalankan setiap tahun bulan puasa itu akan mengagihkan juadah mengikut kampung iaitu Kampung Hilir, Kampung Baru, Kampung Giat Mara, Kampung Lereng Bukit, Kampjng Seberang dan juga kepada petugas barisan hadapan.
Sepanjang acara pengagihan bubur lambuk itu berlangsung, semua yang terlibat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya penularan wabak Covid-19.-SUMBER UKAS.