More
    Home Sarawak Kuching Pupuk budaya kreatif dan inovatif dalam sektor awam-Awang Tengah

    Pupuk budaya kreatif dan inovatif dalam sektor awam-Awang Tengah

    KUCHING, 30 OGOS 2024: Pemupukan budaya kreatif dan inovatif dalam sektor perkhidmatan awam amat penting kerana ia menjadi trend utama dalam landskap persaingan global.

    Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, anggota perkhidmatan awam khususnya dari Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) Sarawak perlu berfikiran kreatif dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab.

    Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Sarawak menjelaskan ini penting dengan mencari penyelesaian kreatif dan inovatif dengan menggunakan kaedah kerja baharu di luar kotak kelaziman.

    “Peningkatan signifikan penyertaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dalam konvensyen kali ini, serta menyatakan bahawa projek-projek yang dibentangkan telah memberi impak positif yang ketara.

    “Seiring tradisi, Konvensyen Kreativiti dan Inovasi ini membuka laluan kepada Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSiCA) 2024,” katanya sewaktu menyempurnakan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah konvensyen, pada Khamis.

    Datuk Amar Awang Tengah ketika menyaksikan MoU antara Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar dan CENTEXS-foto UKAS

    Konvensyen KIK MUDeNR 2024 serta Hari Integriti telah berlangsung selama tiga hari, bermula 27 hingga 29 Ogos dengan tema “Integriti dan Inovasi: Tonggak Kemakmuran.”

    Sebanyak 26 KIK mengambil bahagian mewakili MUDeNR, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak, Sarawak Forestry Corporation (SFC), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) dan Lembaga Pembangunan dan Pemuliharaan Tanah (LCDA).

    Untuk rekod, tempat pertama dimenangi oleh Accurate yang membawa pulang RM2,500, diikuti oleh Urban+ di tempat kedua dengan hadiah RM2,000, dan Restro Revo di tempat ketiga dengan RM1,500, di mana ketiga-tiga pasukan turut menerima trofi serta sijil penghargaan.

    Anugerah Pasukan Berpotensi dianugerahkan kepada Origin, Bistari, Conserva Tech, Macrophyllia, E-vengers, Geosync, dan Raza, masing-masing menerima RM500 beserta sijil, manakala Anugerah Montaj Terbaik diraih oleh Infiniti Tri-D dengan ganjaran RM600, dan Anugerah Persembahan Terbaik dianugerahkan kepada Sassuko Tech, yang turut membawa pulang RM600 serta sijil.

    Terdahulu, majlis turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Pembangunan Bakat & Tenaga Kerja dalam Industri Mineral Sarawak antara MUDeNR dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

    MoU ini bertujuan untuk memupuk kerjasama dalam pembangunan sumber manusia yang strategik, meningkatkan program latihan dan bahan pembelajaran, serta mempertingkatkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi menambah nilai di seluruh rantaian industri berasaskan mineral.

    Hadir sama Setiausaha Tetap MUDeNR; Datu Abdullah Julaihi, Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS; Dato Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Hutan Sarawak; Datu Hamden Mohammad, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak; Awang Zamhari Awang Mahmood, Pengawal Kualiti Alam Sekitar NREB; Jack Liam, Ketua Pegawai Eksekutif SFC; Abang Arabi Abang Aimran, Pengurus Besar STIDC; Zainal Abidin Abdullah serta tetamu kehormat lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...