More
    Home Sarawak Kuching Proses memindahkan utiliti di sepanjang jajaran Pan Borneo perlukan kerja yang teliti-Julaihi

    Proses memindahkan utiliti di sepanjang jajaran Pan Borneo perlukan kerja yang teliti-Julaihi

    KUCHING, 14 JULAI 2022 (SNN): Proses pemindahan kemudahan utiliti yang terletak di sepanjang jajaran Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang di bina memerlukan kerja yang teliti dan sangat rumit selain mengambil kira beberapa faktor yang lain.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, kerjasama dengan semua pihak amat diperlukan bagi menentukan kerja pemindahan kemudahan utiliti seperti saliran paip air dan pendawaian serta tiang elektrik dan telefon berjalan dengan lancar dan selamat.

    “Hari ini saya sendiri telah mempengerusikan mesyuarat penyelarasan dan kerjasama bagi membincangkan kerjasama untuk memindahkan kemudahan utiliti tersebut seperti dengan pihak kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT), Kementerian Kerja Raya (KKR) & MIPD serta semua jabatan dan agensi berkaitan (JBALB, KWB, SWB, LAKU Management, SEB/SESCO, Unit Pan Borneo, JKR dan JKS HQ).

    “Persefahaman diantara semua pihak amat diperlukan agar kerja-kerja mengalihkan kemudahan utiliti ini dapat dilaksanakan dengan lancar serta tidak mengganggu aktiviti orang awam terutamanya bekalan air dan elektrik nanti,” kata beliau semasa mempengerusikan mesyuarat Penyelarasan dan Kerjasama Memindahkan Utiliti di Jjaran Pan Borneo di sini, semalam.

    Wakil dari Ketua Jabatan dan Agensi berkaitan hadir dalam mesyuarat bersama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi di pejabat Kementerian MUT.-Foto FB Datuk Julaihi

    Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut menjelaskan, sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja terancang itu nanti pihak berkaitan akan memastikan sebarang notis akan dimaklumkan terlebih awal kepada orang awam agar membuat sebarang persediaan awal dan tiada gangguan.

    Turut hadir sama adalah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) merangkap ADUN Pantai Damai; Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Tetap Kementerian MUT; Dato Alice Jawan, Ketua Unit Lebuh Raya Pan Borneo; Awang Fadillah, Ketua Jabatan dan Agensi yang berkaitan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...