More
    Home Lain-lain Projek Tebatan Banjir Sebuyau siap sepenuhnya menjelang tahun 2023 ini

    Projek Tebatan Banjir Sebuyau siap sepenuhnya menjelang tahun 2023 ini

    SEBUYAU, 08 OGOS 2021 (SNN) : Projek tebatan banjir atau benteng laut Blok A Fasa 1 di sepanjang Daerah Kecil Sebuyau yang kini mencapai 30.99% siap dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2023 ini.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata, benteng laut di Blok A Fasa 1 merangkumi Kawasan Sebangan, Kampung Arus/Kampung Bajong kini telah mencapai status 30.99% iaitu lebih banyak daripada peratusan yang telah dijadualkan. Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak ini dengan kos sebanyak RM340 juta dilaksanakan di bawah agensi ‘Integrated Regional Samarahan Development Agency (IRSDA) dengan jangkaan tempoh dua tahun untuk siap bermula dari tarikh projek dimulai.

    “Setakat ini benteng laut kini sedang dibina menghala menuju dua arah iaitu satu arah menghala ke Kampung Lutong, Sebangan manakala satu lagi menghala ke arah Blok D dan Kampung Tebelu. Pentingnya projek ini adalah bagi memastikan kawasan pertanian dan kampung selamat dari kesan air pasang besar (king tide), ombak besar dari laut dan masalah hakisan.

    “Kemajuan terkini projek berkenaan yang sedang giat dibina memang ditunggu-tunggu oleh penduduk tempatan apabila ianya siap kelak,” kata beliau semasa sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek tebatan banjir pada Sabtu.

    Datuk Julaihi tinjau sendiri keadaan terkini projek tebatan banjir

    Ujarnya, beliau berharap dan meminta untuk bersama-sama berdoa agar segala urusan pembinaan benteng laut itu berjalan dengan lancar demi kebaikan kita semua khususnya buat penduduk kawasan Sebuyau.

    Hadir sama mengiringi lawatan adalah Tn Hj Berahim Lumpu;Residen Bhg Samarahan, Ir Law Wee; Timbalan Pengarah DID, Ir Wandee Reduan;Jurutera DID Bhg Kuching/Samarahan, Wakil Kontrektor Green Chain Capital Sdn Bhd, Juru perunding Hazad Sdn Bhd, Residen Engineer dan para pemimpin tempatan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berada di kedudukan yang kukuh pimpin tangani isu perubahan iklim

    0
    KUCHING, 23 JANUARI 2025: Sarawak berada pada kedudukan yang kukuh untuk memimpin dalam menangani perubahan iklim, dipandu oleh komitmen terhadap pembangunan lestari dan pelepasan...