More
    Home Sarawak Limbang Projek SAWAS Kampung Ulu Lubai dan Sungai Munti beri manfaat kepada lebih...

    Projek SAWAS Kampung Ulu Lubai dan Sungai Munti beri manfaat kepada lebih 500 penduduk

    LIMBANG, 04 DISEMBER 2020 (SNN) : Projek Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) yang akan dibina di kawasan Kampung Ulu Lubai dan Sungai Munti disambut baik oleh penduduk sekitar.

    Koordinator SAWAS yang juga Jurutera Elektrik Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Kuching, Micheal Anggie berkata, projek itu nanti akan menyediakan kemudahan bekalan air kepada lebih 500 penduduk di sekitar Kampung Ulu Lubai dan Sungai Munti.

    “Projek bernilai RM2.7juta ini turut akan dinikmati oleh warga kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai dan lebih 150 orang penduduk kampung dari Rumah Ejau, Kampung Sungai Munti,” katanya ketika sesi Dialog Bersama Penduduk Kampung Berhubung SAWAS anjuran JBALB Limbang di Rumah Panjang Amparan, Kampung Ulu Lubai, pada Khamis.

    Turut hadir sama dalam majlis Pegawai Tadbir Pejabat Residen Limbang Elizabeth Bujang, Pembantu Jurutera Bahagian JBALB Limbang, Zara Elena Sharon Lah dan tetamu-tetamu yang lain.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Wisma Melayu dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini-Awang Tengah

    0
    KUCHING, 01 MAC 2025 (SNN): Projek pembinaan Wisma Melayu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya yang akan menjadi mercu tanda kebudayaan masyarakat Melayu Sarawak kini...