More
    Home Malaysia Projek Sarawak Sabah Link Road dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026- Menteri...

    Projek Sarawak Sabah Link Road dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026- Menteri Kanan Kerja Raya

    MIRI, 12 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Pembinaan Projek Sarawak Sabah Link Road (SSLR) fasa pertama di bawah Kementerian Kerja Raya melibatkan pembinaan jalan raya sepanjang 77 kilometer (km) dari bandar Lawas ke persimpangan Long Lopeng dijangka bermula bulan ini dan dijadualkan siap pada 2026

    Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, apabila siap nanti akan memberikan keselesaan kepada pengguna dari pedalaman Sarawak yang sebelum ini menggunakan laluan pembalakan selain turut merancakkan sektor pelancongan berasaskan eko dan pertanian sekaligus memanfaatkan komuniti pedalaman. Ia juga memudahkan mereka akses dengan kemudahan asas seperti klinik dan sekolah.

    Mengenai projek Lebuh Raya Pan Borneo fasa pertama, Fadillah berkata setakat ini menunjukkan kemajuan apabila masing-masing mencapai kemajuan 70 peratus di Sarawak dan 56 peratus di Sabah. Pakej kerja ini meliputi lebuh raya sepanjang 786 km termasuk pembinaan jambatan dari Telok Melano ke Miri manakala 706 km lagi dari Sindumin ke Tawau.

    “Kementerian turut mencadangkan menaiktaraf jalan dari Persimpangan Kuala Baram ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sungai Tujoh) yang dijadualkan siap pada 2025. Projek ini akan menghubungkan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang tamat di persimpangan Kuala Baram; ke sempadan Sarawak dan Sabah dan mengurangkan kesesakan memandangkan ia satu-satunya jalan ke Limbang, Lawas dan Brunei pada masa kini.”

    “Namun cabaran utama projek Lebuh Raya Pan Borneo adalah akses terhad tenaga kerja dan bahan binaan; kekurangan kontraktor dan sub kontraktor tempatan yang layak, bentuk topografi darat, pembiayaan terhad selain polisi dan peraturan dalam perlaksanaan projek,” katanya dalam ucaptama sempena simposium bertajuk Cabaran dan Peluang Pembangunan Infrastruktur di Borneo di webinar pada Jumaat.

    Tambahan lagi, Fadillah turut menggesa sektor pembinaan beralih ke teknologi Revolusi Industri 4.0 dalam pembinaan secara automasi agar dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja kurang mahir dan berharap para peserta simposium hari ini dapat membantu usaha kerajaan dengan berkongsi teknologi, sistem data dan inovasi dalam membangunkan infrastruktur yang berkualiti dan lestari.

    Beliau menambah, salah satu inisiatif yang diambil oleh Malaysia untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur rentas sempadan atau transnasional di Sabah dan Sarawak adalah melalui komitmen yang dibuat di bawah Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

    Projek BIMP-EAGA 2025 ini meliputi menaiktaraf Jalan Kalabakan di Serudong, Tawau menghubungkan Simanggaris, Kalimantan Timur. Usaha ini diharap dapat meningkatkan hubungan di dalam dan di luar wilayah ini serta melalui pemahaman sosio-budaya dan meningkatkan mobiliti.

    Terdahulu, beliau berkata cabaran pandemik COVID-19 memberi peluang kepada kementerian untuk mengkaji strategi baharu bagi memastikan sektor pembangunan di negara ini tidak terus terjejas. Pandemik ini bukan hanya menyebabkan kekurangan kewangan dan tenaga buruh dalam pembinaan, malah rantaian binaan turut terjejas menyebabkan kelewatan projek.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...