More
    Home Sarawak Samarahan Projek RTP beri manfaat besar kepada penduduk kawasan DUN Sebuyau

    Projek RTP beri manfaat besar kepada penduduk kawasan DUN Sebuyau

    SEBUYAU, 07 JULAI 2021 (SNN) : Pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2021 untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau akan memberi manfaat besar kepada penduduk sekitarnya apabila kesemua projek itu siap kelak.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap ADUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi semasa lawatan kerja beliau berkata perkembangan projek-projek rakyat yang sedang giat dilaksanakan amat memuaskan dan yakin ianya akan siap mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    Tinjauan Datuk Julai bersama rombongan di beberapa tapak projek seperti Projek Perparitan Kampung Sawmill, tapak Projek Perparitan Kampung Lot Baru, Tapak Perparitan Kampung Hulu dan Jalan Kampung Hulu bertujuan memastikan projek yang dilaksanakan berjalan lancar.

    Selain itu, turut ditinjau juga tapak Perparitan Kampung Masjid, Projek Pelancongan IRSDA Bukit Ruai, Naik Taraf Padang Futsal Kampung Baru Hilir dan Tapak Perparitan Kampung Giat Mara. Dianggarkan kesemua projek ini bernilai lebih RM2 juta.

    Sebelum berangkat pulang, Datuk Julaihi sempat singgah melihat sendiri proses pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Dewan Masyarakat Kampung Sungai Ladong yang berlangsung sejak 28 Jun lepas.

    Lawatan Datuk Julaihi ke PPV Bergerak di Kampung Sungai Ladong

    Turut hadir sama mengiringi Pegawai Tadbir Sarawak, Sebuyau; Ajis Ahmad, Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Simunjan; Pemanca Asli Yahya, Penghulu Masyarakat Melayu Kawasan Sebuyau; Penghulu Abu Seman serta para ketua kaum.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Manfaatkan tanah NCR sebaik mungkin jangan dijual demi keuntungan sementara-Awang Tengah

    0
    BAU, 29 NOVEMBER 2024: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak berjaya menyukat secara perimeter seluas lebih kurang 1,168,123 hektar (2.8 juta ekar) tanah Hak...