More
    Home Sarawak Samarahan Projek Penahan Hakisan Sungai Simunjan akan disambung semula-Ketua Menteri

    Projek Penahan Hakisan Sungai Simunjan akan disambung semula-Ketua Menteri

    SIMUNJAN, 11 MAC 2021 (SNN) : Projek Pembangunan Penahan Hakisan Tanah Sungai Simunjan yang diberhentikan akibat musnah semasa fenomena air pasang besar penghujung tahun lepas akan disambung semula selepas kajian saintifik menyeluruh dilakukan.

    Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Abdul Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, projek pembinaan benteng yang menelan kos diantara RM80 hingga RM200 juta itu akan dibina semula bermula pada awal tahun hadapan dengan menggunakan teknologi penahanan hakisan yang lebih kukuh dan efektif.

    “Kajian secara menyeluruh dan saintifik akan dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan benteng sepanjang 500 meter dan ianya memerlukan komponen yang lebih kukuh.

    “Selain itu, dalam perancangan kita juga akan membina satu jalan pintas baharu yang akan menghubungkan Gedong, Asajaya, Samarahan dan Kuching sekaligus ini akan memendekkan masa perjalanan dari satu daerah ke daerah lain setelah siap pembinaannya kelak,” tegas beliau semasa berucap apda sidang media selepas merasmikan Rumah Rehat Kerajaan Simunjan dalam Lawatan Kerja Ketua Menteri pada Rabu.

    Sidang media Ketua Menteri di Rumah Rehat Kerajaan Simunjan pada Rabu

    Tambah beliau, kawasan Simunjan ini amat sesuai dijadikan sebagai salah satu kawasan pengeluar sumber makanan di Sarawak kerana struktur tanah gambut yang subur berpotensi untuk tanaman komoditi seperti jaumgung, nanas dan hasil tananam lain yang mempunyai nilai pasaran serta permintaan yang tinggi.

    “Kemudahan jaringan internet juga akan disediakan di beberapa kawasan di Simunjan ini seiring dengan kemudahan jalan raya yang sedia ada akan membolehkan para petani mewujudkan konsep pertanian pintar dengan pengaplikasian teknologi serba moden.

    “Tidak hanya itu, golongan muda di kawasan Simunjan juga boleh fokus untuk menceburi bidang perniagaan berasaskan hasil pertanian dengan menggunakan teknologi moden apabila tersedianya kemudahan infrastruktur yang lain kelak,” tegasnya.

    Turut mengiringi rombongan Ketua Menteri adalah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak; Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Datuk Amar Jaul Samion; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio Ekonomi Sarawak), Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak; Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak; Datuk Julaihi Narawi, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ADUN Simunjan, Awla Dris, ADUN Sadong Jaya, Aidel Lariwoo.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...