More
    Home Sarawak Kuching Projek pembinaan Jambatan Sejingkat dijangka siap pada tahun 2025 walaupun mengalami sedikit...

    Projek pembinaan Jambatan Sejingkat dijangka siap pada tahun 2025 walaupun mengalami sedikit kelewatan-Timbalan Menteri Infrastruktur

    DEMAK LAUT, 19 MAC 2022 (SNN) : Projek pembinaan Jambatan Sejingkat yang menyeberangi Sungai Sarawak yang mengalami sedikit kelewatan mampu disiapkan sepenuhnya pada Mac 2025 ini.

    Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, Ir Aidel Lariwoo berkata, kelewatan yang berlaku adalah disebabkan kekurangan tenaga pekerja selain harga bahan binaan meningkat sejak kebelakangan ini.

    “Pembinaan jambatan yang bermula pada awal Januari 2021 itu kini mencapai kemajuan pembinaannya sebanyak 2.3 peratus berbanding yang telah dijadualkan sebanyak 3.7 peratus dan kita menjangkakan dapat disiapkan speenuhnya pada Mac 2025 ini.

    “Projek jambatan menghubungkan Sejingkat dan Tanjung Bako di Samarahan yang bernilai RM365 juta itu dibina dengan panjang jambatan ialah 1.28 kilometer (km) dan setinggi 26 meter dari paras air sungai bagi memberi laluan kepada kapal besar,” katanya pada sidang media berhubung projek jambatan itu di Malaysia China International Trade Centre (MCITC), Jalan Bako, Sejingkat, semalam.

    Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak melakukan lawatan kerja ke tapak projek Jambatan Sejingkat sejurus selepas lawatan sama di Jambatan Batang Rambungan, Lundu.

    Tambah Aidel, projek jambatan itu turut dilaksanakan serentak dengan projek naiktaraf Jalan Tanjung Bako sepanjang 7 Kilometer dan jalan menghubungkan Tanjung Bako ke Jambatan Batang Samarahan yang masing-masing bernilai RM37.5 juta dan RM81.8 juta.

    Ujarnya, ketiga-tiga projek terbabit dilaksanakan atas inisiatif kerajaan negeri bagi mengurangkan masalah kesesakan yang berlaku di sepanjang Jalan Kuching-Samarahan Expressway selain memberi kemudahakan infrastruktur jalan yang lebih selesa kepada rakyat Sarawak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...