More
    Home Sarawak Bintulu Projek pembinaan Flyover Medan Jaya Bintulu bakal atasi masalah kesesakan lalu lintas...

    Projek pembinaan Flyover Medan Jaya Bintulu bakal atasi masalah kesesakan lalu lintas di waktu puncak

    BINTULU, 28 NOVEMBER 2021 (SNN) : Projek Pembinaan Flyover Jalan Medan Jaya-Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu telah diluluskan pada 2015 melalui kajian dan ia diluluskan secara fizikal pada 2019 yang tersenarai di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, Rolling Plan 4 (2020) pada 25 Oktober 2019 dijangka akan siap sepenuhnya selama 36 bulan iaitu pada 2 Disember 2024 dengan jumlah kos kontrak sebanyak RM137.7 juta.

    Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Sri Fadhilah Yusoff berkata, projek berkenaan melibatkan pembinaan sebuah flyover empat lorong dua hala dari Jalan Sultan Iskandar ke Jalan Tun Hussein Onn (dan sebaliknya) dan termasuk kerja menaik taraf Jalan Sultan Iskandar, Jalan Tun Hussein Onn, Jalan Kidurong dan Jalan Johari Sunam, serta menaik taraf persimpangan berlampu isyarat Medan Jaya dan Taman Tinggi akan mengatasi masalah lalu lintas di kawasan itu terutama pada waktu puncak.

    “Objektif utama projek ini adalah untuk mengurangkan kesesakan trafik terutama pada waktu puncak yang terjana oleh pembangunan pesat di kawasan tersebut di samping menaik taraf jaringan jalan raya yang akan merangsang perkembangan ekonomi setempat di Bandar Bintulu. Pembinaan flyover juga dijangka akan mengurangkan tempoh perjalanan selama 30 minit ke 15 minit dari Taman Tinggi ke Pusat Bandar Bintulu.

    “Pembinaan flyover juga dijangka akan mengurangkan tempoh perjalanan selama 30 minit ke 15 minit dari Taman Tinggi ke Pusat Bandar Bintulu selain menyediakan laluan pelbagai kenderaan berat untuk membuat pusingan u-turn di persimpangan untuk keperluan pelbagai aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Flyover Medan Jaya, Bintulu, semalam.

    Menteri Kanan Kerja Raya merasmikan simbolik pecah tanah projek Flyover Medan Jaya-Kredit gambar Kementerian Kerja Raya

    Tambah beliau, dengan siapnya projek itu kelak serta menaiktaraf jaringan jalan sedia ada akan meransangkan perkembangan ekonomi setempat dan merancakkan aktiviti ekonomi sedia ada di Bandar Bintulu lebih-lebih lagi kawasan berkenaan sedang pesat membangun dengan pelbagai projek berimpak tinggi.

    Jelasnya, diharapkan pihak kontraktor yang dilantik dapat melaksanakan projek mengikut jadual yang telah ditetapkan dan siap mengikut spesifik yang diberikan agar dapat memberikan keselesaan dan keselamatan kepada penduduk serta pengguna jalan raya yang lain apabila siap kelak.

    Turut hadir sama Hadir sama Menteri Muda Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak; YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi, Ahli Parlimen Bintulu, merangkap Duta Khas Perdana Menteri ke China; YB Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Jepak; Datuk Talib Zulpilip, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya; YBhg. Dato’ Wan Ahmad Uzir Hj Wan Sulaiman serta Ketua Pengarah Kerja Raya; YBhg. Dato’ Ir Haji Mohamad Zulkefly Sulaiman.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Abang Jo harap lebih ramai akauntan tempatan sertai usaha Kerajaan Sarawak...

    0
    KUCHING, 14 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyeru lebih ramai akauntan tempatan...