More
    Home Malaysia Projek Pembesaran Kampung Endap akan memberi manfaat kepada lebih 200 keluarga apabila...

    Projek Pembesaran Kampung Endap akan memberi manfaat kepada lebih 200 keluarga apabila siap kelak-MP Kota Samarahan

    KOTA SAMARAHAN, 13 MAC 2022 (SNN) : Projek Pembesaran Kampung Endap bakal memberi manfaat kepada 200 keluarga dari Kampung Endap, Kampung Sinaran Jaya dan Kampung Tanah Putih.

    Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, walau bagaimanapun projek tersebut masih dalam proses pelaksanaan dan ianya dijangka siap pada tahun 2023.

    “Saya berterima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana telah meluluskan Projek Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) di Kota Samarahan yang antara lain termasuk Kampung Endap, Kampung Tambay, dan Kampung Sambir,’’ katanya ketika ditemui media di tapak projek berkenaan pada Sabtu.

    Datuk Rubiah Wang meninjau sendiri tapak projek pembesaran Kampung Endap-Foto Pusat Khidmat Kota Samarahan.

    Tambah beliau, projek SPS dan SPK adalah berbeza daripada pemberian tanah lot dahulu kerana projek-projek tersebut turut menyediakan kemudahan lain seperti usaha menambak tapak rumah serta penyediaan jalan yang lebih teratur.

    “Oleh itu, beliau berharap agar mereka yang terpilih nanti tidak mensia-siakan pemberian skim ini kerana ianya masih mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat yang memerlukan.

    Selepas itu, Datuk Rubiah turut berkesempatan melawat tapak projek naiktaraf masjid dan gelanggang futsal di Kampung Endap yang telah siap dibina baru-baru ini.

    Turut hadir sama ialah Penghulu Kampung Endap; Awang Mohamad Awang Jamel dan Ketua Kaum Kampung Sinaran Jaya; Jamusin Nasir.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembukaan Jambatan Muara Lassa untuk orang awam bakal pacu pembangunan ekonomi...

    0
    DARO, 03 JANUARI 2025: Majlis prapelancaran Jambatan Muara Lassa akan diadakan pada 9 Januari ini, yang dijangka disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas...