More
    Home Sarawak Limbang Projek Pembangunan yang sedang dirancang Kerajaan Sarawak bakal pacu sektor ekonomi Bahagian...

    Projek Pembangunan yang sedang dirancang Kerajaan Sarawak bakal pacu sektor ekonomi Bahagian limbang

    LIMBANG, 13 MAC 2024: Projek-projek pembangunan yang akan dijalankan bakal merancakkan lagi sektor ekonomi di bahagian utara Sarawak terutama di Daerah Limbang dan Lawas menjelang tahun 2030.

    Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mengumumkan beberapa projek yang sedang dan akan dilaksanakan di Limbang.

    “Apabila projek rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) siap, Lebuh Raya Pesisir Utara siap, Trans Borneo Highway dan jambatan-jambatan siap menjelang 2030, Daerah Limbang akan berubah wajah dan merancakkan lagi sektor ekonomi di daerah ini,” katanya semasa berucap di majlis perasmian Bazar Ramadan Limbang Tahun 2024 pada Selasa.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu menambah, terdapat usaha di peringkat kerajaan untuk membuka satu lagi Pos Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Pandam – Lumapas yang melibatkan rundingan di antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Brunei.

    “Sekiranya CIQ tersebut dibuka jarak perjalanan dari bandar Limbang ke Brunei hanya 30 minit sahaja, iaitu bandar Limbang ke CIQ Pendam 15 minit dan CIQ Lumapas ke Brunei 15 minit,” tambahnya.

    Datuk Dr Abdul Rahman Ismail ketika menyantuni 161 peniaga terlibat dalam Bazar Ramadan pada tahun ini.-foto UKAS

    Dalam majlis sama, Tabung Baitulmal Sarawak telah memberikan sumbangan kepada 10 golongan Asnaf, manakala Agro Bank turut memberikan sumbangan kepada 30 penerima.

    Hadir sama, Walikota Majlis Daerah Limbang Sufian Mohat, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal, Setiausaha Majlis Daerah Limbang Petrick Linggie Taboh dan Pengerusi Penganjur Bazaar Ramadan 2024 Niti Rosli.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...