More
    Home Sarawak Limbang Projek pembangunan di Lawas bakal beri manfaat besar kepada sosioekonomi penduduk

    Projek pembangunan di Lawas bakal beri manfaat besar kepada sosioekonomi penduduk

    LAWAS, 03 MEI 2023 (SNN): Penduduk di Kampung Batu Dua di sini bakal mendapat manfaat daripada limpahan pelbagai pembangunan yang akan dilaksanakan di Lawas.

    Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, penduduk di Kampung Batu Dua perlu bersedia dengan aktiviti pembangunan yang giat dilaksanakan memandangkan kampung tersebut paling dekat dengan bandar Lawas.

    “Kita kena bersedia dengan pelbagai kemajuan yang akan dilaksanakan di sini apatah lagi dengan pembinaan Lapangan Terbang dan Pelabuhan Lawas nanti,” ujarnya semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Generasi Kampung Batu Dua di sini pada Ahad.

    Penduduk kampung hadir memeriahkan sambutan Majlis Ramah Tamah di Kampung Batu Dua pada Ahad.-gambar UKAS

    Dalam pada itu, beliau turut memohon penduduk tempatan untuk mengusahakan tanah dan kebun masing-masing serta menggiatkan aktiviti perikanan bagi menjamin bekalan makanan mencukupi untuk menampung keperluan bandar Lawas yang dijangka akan menjadi sebuah penempatan yang padat kelak.

    Pada majlis tersebut, turut berlangsung penyampaian cek bagi geran bernilai RM 5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu Dua dan Rm20,000 kepada Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Lawas selain penyampaian sumbangan daripada JKKK Kampung Batu Dua kepada warga emas dan kanak-kanak.

    Hadir sama, Ketua Kampung Batu Dua Lawas Haidan Dollah dan Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batu Dua Zainuddin Gazali.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...