More
    Home Malaysia Projek Pantai Belawai bakal jadi tarikan pelancong selain pacu ekonomi penduduk

    Projek Pantai Belawai bakal jadi tarikan pelancong selain pacu ekonomi penduduk

    TANJUNG MANIS, 12 NOVEMBER 2023 (SNN): Pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan akan memberikan impak yang besar kepada sosioekonomi masyarakat terutama projek melibatkan eko pelancongan yang mampu menarik kedatangan pelancong.

    Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pembangunan Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, sebagai contohnya pelaksanaan projek pantai Belawai yang telah diluluskan kerajaan negeri dengan peruntukan sebanyak RM161.7 juta mampu menjadi daya tarikan baharu di kawasan Tanjung Manis.

    “Jadual pelaksanaan ini telah disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak dan empat konsultan dilantik bagi mengendalikan projek ini.

    “Projek ini dijangka siap dalam masa 30 bulan dan memberi keutamaan kepada pembinaan Tebingan Pantai Belawai bagi mengelakkan kesan hakisan dan juga beberapa kemudahan infrastruktur yang lain bagi, katanya semasa sesi dialog bersama penduduk Kampung Belawai baru-baru ini.

    Tambahnya, dialog berkenaan bertujuan untuk menjelaskan perancangan cadangan projek pembangunan, pembinaan pantai pelancongan di Belawai bersama-sama penduk tempatan di Dewan Masyarakat Kampung Belawai.

    Pelan pelaksanaan Projek Pantai Belawai yang dijangka akan siap dalam tempoh 30 bulan

    Beliau berkata, perancangan yang menyeluruh ini akan memberi manfaat besar dalam sektor pelancongan dan secara tidak langsung menyumbang kepada peningktan taraf ekonomi penduduk dalam jangka masa panjang.

    Sementara itu, Yusuf berkata, projek jalan dari Kampung Paloh, Kampung Kedang, Berangan dan Kampung Stalun hingga ke Tanjung Manis, Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM267 juta melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

    “Kita mendapat maklumat Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa peruntukan untuk projek yang sama berjumlah lebih RM400 juta dan ia nanti akan melengkapkan lagi projek jambatan dan pelebaran jalan yang sedia ada,” katanya.

    Manakala, bagi peruntukan Kerajaan Persekutuan, pihaknya akan berusaha berunding dengan kementerian berkaitan bagi memindahkannya ke projek lain berdekatan di kawasan Tanjong Manis.

    Hadir sama Ahli Parlimen Tanjong Manis; Ir. Yusuf Abd Wahab, wakil Residen Mukah; Petrone Benedict Sunggoh, Penolong Pengarah Pengairan dan Saliran; Noor Salmah Reduan, Jurutera Pengairan dan Saliran Bahagian Mukah; Anisah Ahmad, Pegawai Daerah Tanjung Manis; Ismail Kasah, Pegawai Tadbir Khas RADDA; Kelana Kipli.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...