More
    Home Malaysia Projek naiktaraf sistem bekalan air beri manfaat kemudahan air terawat berterusan kepada...

    Projek naiktaraf sistem bekalan air beri manfaat kemudahan air terawat berterusan kepada penduduk Sarawak

    DARO, 11 NOVEMBER 2022 (SNN): Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBLAB) Sarawak telah menganjurkan Majlis Perasmian Projek Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Daro di Dewan Masyarakat Daro pada Khamis.

    Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar II merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri Dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

    Menurut Datuk Amar Awang Tengah, projek tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Sarawak bagi memastikan seluruh kawasan negeri ini dapat menikmati infrastruktur yang baik.

    Datuk Amar Awang Tengah hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Naiktaraf Bekalan Air anjuran JBALB di Daro.

    Jelasnya, masyarakat pada masa kini sudah ada kesungguhan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

    Datuk Amar menambah, pekan Daro mempunyai Master & Local di mana sudah pasti ada plan untuk membangunkan perancangan dan pembangunan untuk pembesaran kampung.

    Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa Sarawak merupakan negeri yang harmoni dan rakyatnya hidup dalam perpaduan.

    “Masyarakat berbeza agama dan kaum boleh hidup bersama di bawah satu bumbung dengan harmoni, itulah uniknya Sarawak,” ujarnya.

    Sehubungan itu, Datuk Amar Awang Tengah turut menyatakan bahawa dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak Sarawak seharusnya mendapat kejayaan serta dapat mempertahankan kerusi Parlimen P207 Igan demi untuk memperjuangkan hak rakyat.

    “Terus perjuangkan hak dan kepentingan termasuk yang telah terhakis. Dengan kemenangan yang besar inilah, ianya akan dapat terus diperjuangkan.

    “Rakyat Sarawak berhak untuk mendapat hak menerima peruntukan yang besar dari Persekutuan untuk dikecapi seperti sekolah daif, telekomunikasi dan banyak lagi,” ujarnya.

    Hadir sama Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); Jemoreng Datuk Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); Dato Safiee Ahmad, Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak; Ir Chang Kuet Shian serta tetamu yang lain.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...