More
    Home Malaysia Projek naiktaraf Masjid Al-Muttaqin Sarikei dijangka siap mengikut jadual ditetapkan walaupun mengalami...

    Projek naiktaraf Masjid Al-Muttaqin Sarikei dijangka siap mengikut jadual ditetapkan walaupun mengalami kelewatan

    SARIKEI, 05 FEBRUARI 2023 (SNN): Projek menaik taraf Masjid Al-Muttaqin Sarikei yang bernilai RM9.5 juta dijangka siap sepenuhnya mengikut tempoh jadual yang telah ditetapkan, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

    Beliau memberi jaminan sedemikian susulan menerima rungutan penduduk setempat berhubung berlaku kelewatan pelaksanaan projek disebabkan kerja pembinaan tertangguh akibat wabak Covid-19 sebelum ini.

    Sehubungan itu, Len menggesa kerjasama semua pihak agar projek itu berjalan dengan lancar selepas menerima penjelasan daripada pihak juru perunding dan kontraktor projek terbabit.

    “Kita mendengar rungutan daripada rakyat Sarikei ini kerana nampaknya persepsi mereka tidak ada pembangunan yang diaksanakan.”

    “Kita sudah memberi dan menerima penjelasan daripada pihak juru perunding dan juga kontraktor di mana masjid ini akan siap mengikut jadual. Jadi, kita memberi jaminan kepada rakyat Sarikei ini supaya untuk bersabar dan bersama-sama berdoa supaya projek pembangunan masjid ini berjalan lancar,” katanya.

    Datu Len Talif Salleh mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Masjid Al-Muttaqin, Sarikei bersama juru perunding, kontraktor, ketua masyarakat bahagian Sarikei dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid, pada Jumaat.

    Len memberitahu sekiranyaa siap projek itu kelak, masjid berkenaan dijangka dapat memuatkan kira-kira 1,500 hingga 2,000 jemaah pada satu masa, sekali gus menjadi masjid terbesar di bahagian Sarikei.

    Menurutnya, sebelum ini, masjid yang mula dibina pada tahun 1983 itu hanya memuatkan jemaah sehingga 1,000 orang jemaah pada satu masa.

    “Dalam masa yang sama, saya akan memohon baki yang telah diluluskan sebelum ini iaitu RM 4.5 juta untuk disegerakan dan diberikan kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam (Lakisri) Sarikei supaya kita dapat mempercepatkan lagi”.

    “Hal ini kerana kita melihat dari segi kaedah yang kita gunakan sekarang ini ada masalah dari segi pembayarannya. Oleh sebab itu, saya akan menulis surat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg supaya baki peruntukan ini disalurkan terus kepada Lakisri,” katanya lagi.

    Terdahulu, mesyuarat berkenaan bertujuan untuk mengemaskini maklumat daripada pihak konsultan dan kontraktor mengenai status perlaksanaan kerja membaik pulih masjid tersebut.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...