More
    Home Malaysia Projek Naik Taraf Masjid Al-Muttaqqin, Sarikei siap, gantikan struktur bangunan berusia lebih...

    Projek Naik Taraf Masjid Al-Muttaqqin, Sarikei siap, gantikan struktur bangunan berusia lebih 40 tahun

    SARIKEI, 22 JUN 2024: Projek menaik taraf Masjid Al-Muttaqqin, Sarikei yang menelan kos sebanyak RM9.5 juta telah siap sepenuhnya selepas pelaksanaannya pada tahun 2019 lalu yang telah diluluskan sendiri oleh YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa lawatan beliau di Sarikei.

    Premier Sarawak dalam ucapan beliau memberitahu, beliau optimis peruntukan berkenaan telahpun merubah wajah sekali gus meningkatkan faktor keselamatan rumah ibadat berkenaan.

    “Untuk masjid ini, anda semua sudah menepuk tangan terlebih dahulu ketika Datuk Len Talif Salleh (Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak) meminta dana sebanyak RM1.5 juta (untuk naik taraf pagar).

    “Memandangkan semua sudah menepuk tangan, jika diberi salah dan jika tidak diberi juga salah, dengan itu, saya meluluskanlah peruntukan tersebut mudah-mudahan ia akan memberi kesan kepada seluruh masyarakat,” kata beliau ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Naik Taraf Masjid Al-Muttaqqin, Sarikei pada Jumaat.

    YAB Premier menandatangani buku log pelawat sejurus tiba di Masjid Al-Muttaqqin, Sarikei.-foto Jabatan Premier Sarawak

    Sehubungan itu, Kerajaan Sarawak juga telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1.5 juta untuk menaik taraf pagar Masjid Al-Muttaqin, yang telah usang dengan usia masjid kini adalah sekitar 40 tahun.

    Sejurus selesai majlis berkenaan, Abang Johari menunaikan solat Jumaat serta menyantuni masyarakat dan jemaah yang hadir sambil beramah mesra dengan masyarakat.

    Turut hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak; Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi; Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Ahli Parlimen Sarikei; Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Ahli Parlimen Tanjung Manis; Ir Yusuf Abdul Wahab dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak; Datuk Misnu Taha.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Projek Bekalan Air Kanowit Fasa 2 kini capai 85.16 peratus siap

    0
    SIBU, 28 JUN 2024 (SNN): Kerajaan Sarawak sentiasa mengambil berat terhadap keperluan bekalan air terutama bagi kawasan yang mengalami isu bekalan air mencukupi dengan...