More
    Home Malaysia Projek Masjid baharu Kampung Sebangan siap sepenuhnya mampu menampung 1,000 jemaah dalam...

    Projek Masjid baharu Kampung Sebangan siap sepenuhnya mampu menampung 1,000 jemaah dalam satu masa

    SEBUYAU, 11 MAC 2023 (SNN): Projek pembinaan baharu Masjid Darul Aman Sebangan, Sebuyau yang telah siap sepenuhnya beri manfaat kepada penduduk setempat untuk menunaikan ibadah dengan lebih selesa.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi yang hadir menyempurnakan majlis perasmian masjid berkenaan memberitahu, masjid baharu yang menggantikan masjid yang lama mampu memberi keselesaan kepada penduduk kampung untuk menunaikan ibadah fardhu serta aktiviti keagamaan.

    “Pembinaan masjid ini dilaksanakan di bawah Projek Pembangunan Luar Bandar (RTP) dengan jumlah keseluruhan kos sebanyak RM2.7 juta yang mampu menampung jemaah seramai 1,000 orang dalam satu-satu masa.

    “Dengan adanya masjid yang mempunyai kapasiti yang lebih besar ini serta dilengkapi pelbagai kemudahan diharap penduduk kampung dapat merapatkan lagi ukhwah dengan menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

    Datuk Julaihi menyempurnakan simbolik perasmian siap Projek Masjid baharu Kampung Sebangan.

    Beliau berkata sedemikian semasa menyempurnakan majlis terbabit selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Aman, Sebangan, semalam.

    Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu lagi, pembinaan Masjid Darul Aman ini merupakan pembinaan kali ke dua semenjak masjid pertama didirikan sejak tahun 1994 lagi.

    Turut hadir sama Wakil Pemangku Residen Bahagian Samarahan; Ahmad Yusuf Abdul Razak, Wakil Jurutera JKR Bahagian Samarahan; Chai Sin Lie dan Pegawai Daerah Sebuyau; Ayuradiman Buang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PBB tekad terus bantu dan memajukan rakyat di Sarawak

    0
    BINTULU, 24 DISEMBER 2024: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bukan sahaja berusaha untuk mencapai kemenangan politik tetapi juga komited untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan...