More
    Home Sarawak Kuching Projek 'Limbang Lawas Local Plan' 2035 perlu diberi tumpuan

    Projek ‘Limbang Lawas Local Plan’ 2035 perlu diberi tumpuan

    KUCHING, 03 MEI 2024: Projek ‘Limbang Lawas Local Plan’ 2035 yang merupakan antara projek di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) perlu diberi tumpuan bagi menjamin keseimbangan pembangunan di kawasan Utara Sarawak.

    Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, dengan adanya kajian komprehensif ini mengenai projek ini, ia dapat menjamin kelestarian dan keseimbangan pembangunan di Daerah Limbang dan Lawas dari aspek fizikal dan ekonomi.

    “Ini adalah kerana pelbagai projek bakal dan sedang dilaksanakan dengan rancaknya di Daerah Limbang dan Lawas seperti projek perindustrian, jambatan, lapangan terbang, ‘Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) Project’ dan Lebuhraya Pan Borneo.

    “Selain daripada projek ‘Limbang Lawas Local Plan’ 2035, terdapat dua lagi projek yang tidak kurang pentingnya iaitu Miri City Local Plan 2035 dan Sibu Town Local Plan 2035,” katanya ketika berucap dalam Majlis Apresiasi Warga MUDeNR yang bertemakan ‘Rindoknya Raya’ pada Rabu.

    Seramai 10 warga kerja MUDeNR telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2023.-foto UKAS

    Sementara itu, beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak turut menggesa supaya projek-projek yang siap perlu dinilai atau diteliti penggunaannya.

    “Sekiranya projek yang telah siap tersebut tidak dapat digunakan atas sebab sebab tertentu, tindakan segera hendaklah diambil untuk mengatasinya agar ianya dapat dimanfaati oleh rakyat,” tambahnya.

    Turut hadir dalam majlis itu ialan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak; Datuk Len Talif Salleh, Setiausaha Tetap MUDeNR; Datu Zaidi Mahdi, Timbalan Setiausaha Tetap MUDeNR; Hairani Mohamad Ismail serta tetamu jemputan lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...