More
    Home Sarawak Samarahan Projek Laluan Utama Kampung Seberang Sebuyau hampir siap

    Projek Laluan Utama Kampung Seberang Sebuyau hampir siap

    SEBUYAU, 28 APRIL 2021 (SNN) : Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Utama Kampung Seberang menghubung ke Pekan Sebuyau kini hampir siap sepenuhnya.

    Usaha itu dilakukan sendiri oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Seberang Sebuyau dengan menggunakan dana yang disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi.

    Objektif naiktaraf dan baikpulih jalan tersebut adalah bagi memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk di situ terjamin disamping memendekkan masa perjalanan terutama mereka yang tiada kenderaan bermotor serta pelajar sekolah untuk ulang-alik ke sekolah.

    Tambahan lagi, tiga lorong di kawasan kampung tersebut juga turut dinaik taraf dan ianya dilaksanakan sendiri oleh penduduk kampung secara gotong-royong.

    Jelasnya, penduduk Kampung Seberang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Julaihi kerana prihatin dengan memberikan peruntukan bagi kerja membaikpulih keadaan jalan di kampung berkenaan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...