More
    Home Malaysia Projek jalan utama kedua Jambatan Batang Samarahan Baharu dijangka siap 2027

    Projek jalan utama kedua Jambatan Batang Samarahan Baharu dijangka siap 2027

    KOTA SAMARAHAN, 21 OKTOBER 2023 (SNN): Projek Jalan Utama Kedua Pakej A1-A iaitu pembinaan Jambatan Batang Samarahan Baharu dan Jalan Empat Lorong Dua Hala 9.14km dari Batang Samarahan ke Batang Sadong dijangka siap menjelang Februari 2027.

    Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Aidel Lariwoo berkata, pembinaan jambatan baharu itu nanti akan dibina di sebelah Jambatan Batang Samarahan lama.

    “Pembinaan projek jambatan serta Jalan Empat Lorong Dua Hala kira-kira 9.14 km mengikut piawaian R5 JKR membabitkan kos sebanyak RM529,828,000 dan sedang dilaksanakan oleh syarikat Ibraco Construction Sdn Bhd,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek di Jambatan Batang Samarahan pada Jumaat.

    Projek Jalan Utama Kedua itu nanti akan memecahkan aliran trafik bagi pengguna yang ingin ke Kuching.-foto UKAS

    Dalam perkembangan sama katanya, jalan baharu ini nanti akan menghubungkan Samarahan ke Jambatan Batang Sadong selain ke Jalan Utama Kedua menuju ke Jambatan Sejingkat.

    “Bagi Pakej D3C melibatkan peruntukan berjumlah RM106,968,880 dijangka disiapkan menjelang Februari 2026 dengan tempoh kontrak projek ini adalah selama 30 bulan.

    “Sehubungan itu, jalan ini nanti dapat membawa pembangunan yang pesat kepada penduduk di kawasan pesisir selain memendekkan masa kerana penduduk dari kawasan pesisir boleh memandu terus ke Kuching,’’ katanya.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...