More
    Home Sarawak Kuching Projek Jalan Akses Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bernilai RM112.9 juta...

    Projek Jalan Akses Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bernilai RM112.9 juta bakal merancakkan ekonomi serta melandaikan kesesakan jalan raya-Menteri Kanan Kerja Raya

    KUCHING, 13 NOVEMBER 2021 (SNN) : Projek Jalan Akses kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bernilai RM112.9 juta yang telah diluluskan kerajaan bakal merancakkan ekonomi serta melandaikan kesesakan jalan raya di kawasan Kuching khususnya Pending dan sekitarnya.

    Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, projek pembinaan jalan akses itu dijangka siap sepenuhnya pada 1 Ogos 2024 nanti dengan pakej pembinaan jalan baharu sepanjang 6.2 kilometer dibina bermula dari persimpangan Stutong sehingga ke persimpangan Bukit Berangan yang dilaksanakan oleh kontraktor terpilih iaitu Reka Ikhtiar Sdn. Bhd.

    ‘Skop jalan baharu ini akan menghubungkan jalan baharu dari persimpangan Stampin ke Kampung Sungai Tapang sepanjang 1.7 kilometer turut akan dibina. Selain pembinaan jalan baharu, antara skop utama lain bagi projek ini adalah melibatkan pembinaan tiga buah jambatan konkrit dua lorong dua hala merentasi Sungai Kuap, Sungai Stampin dan Sungai Sangkoh serta pembinaan sebuah lagi “underpass” merentasi kawasan lapangan terbang.

    “Matlamat utama pelaksanaan projek ini adalah bagi menyediakan penyuraian trafik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching serta kawasan sekitarnya yang kini pesat membangun selain memberi keselesaan pengguna jalan raya di kawasan tersebut,” katanya semasa Majlis Pecah Tanah bagi Projek Pembinaan Jalan Akses ke kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Penyerahan Sijil Kontraktor Penyiap Siri 4 bagi tahun 2021 pada Sabtu.

    Dato’ Sri Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menambah, projek tersebut juga merupakan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11, Rolling Plan 3 yang diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia sebagai kementerian pelanggan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dilantik sebagai agensi pelaksana. Dalam pada itu, beliau juga merakamkan penghargaan kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato’ Sri Prof Dr Sim Kui Hian di atas kegigihan beliau bagi merealisasikan kelulusan projek pembinaan tersebut sejak 2017 lagi.

    Pada masa yang sama, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi semasa berucap dalam majlis berkata, dengan wujudnya jalan akses tersebut kelak bakal merancakkan serta melandaikan kesesakan jalan raya dan serta merancakkan lagi pembangunan di kawasan itu. Beliau percaya jalan berkenaan kelak akan dapat sama-sama membuka kawasan baru di kawasan sekitar lebih lagi difikirkan kemungkinan untuk kawasan perumahan dan seterusnya dapat merancakkan lagi ekonomi di kawasan sekitar itu.

    Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) disaksikan oleh Menteri Kanan Kerja Raya dan Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak

    Sementara itu, turut diadakan Majlis Penyerahan Sijil Kontraktor Penyiap Siri Keempat tahun 2021 kepada 117 kontraktor penyiap daripada Sabah dan Sarawak yang berjaya diiktiraf sebagai kontraktor penyiap sekaligus berpeluang menyertai pelawaan perolehan secara tender terbuka bagi projek-projek sakit oleh semua agensi kerajaan.

    Kementerian Kerja Raya (KKR) sentiasa memantau prestasi kontraktor penyiap melalui pematuhan kriteria yang ditetapkan selain bebas daripada sebarang projek sakit dan tindakan tatatertib. Sijil pengiktirafan yang diberikan kepada kontraktor terbabit akan ditarik balik serta-merta sekiranya didapati melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...