More
    Home Sarawak Samarahan Projek bekalan air Samarahan-Sebuyau dijangka siap pada tahun 2022-Menteri Muda Utiliti

    Projek bekalan air Samarahan-Sebuyau dijangka siap pada tahun 2022-Menteri Muda Utiliti

    SADONG JAYA, 13 APRIL 2021 (SNN) : Sebanyak 23 projek bekalan air dari Kota Samarahaan hingga ke Sebuyau yang sedang giat diusahakan dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

    Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi semasa hadir dalam lawatan ke tapak Projek Pakej 2A Daerah Sadong Jaya bersama Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir. Aidel Lariwoo berkata, projek ini merupakan sebahagian daripada Sistem Grid yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan kepada penduduk di sepanjang kawasan Asajaya, Sadong Jaya, Sebangan, Sebuyau dan Simunjan.

    Menurut beliau, projek tersebut adalah merupakan salah satu projek daripada 23 Projek Rakyat Bekalan Air berskala besar yang bermula dari Kota Samarahan hingga ke Sebuyau termasuklah Projek Sarawak Alternative Water Supply (SAWAS) yang bermula sejak tahun 2018 lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

    Projek yang menelan kos pembinaan sebanyak RM462.23 juta itu melibatkan kerja-kerja Pembinaan Saluran Paip Baharu, Pembinaan Tangki Aras Tinggi, Pembinaan Stesen Pam Penggalak, Penggantian Saluran Paip Lama dan Naiktaraf Loji Rawatan Air.

    Ujarnya, setakat ini sebanyak 12 projek telah siap dilaksanakan dan ia mampu menangani isu bekalan air di beberapa kawasan di Asajaya dan Sadong Jaya. Jangkaan kita siapnya keseluruhan projek itu kelak akan mampu mengatasi kawasan kampung yang sudah lama mengalami masalah sumber bekalan air yang berterusan.

    Turut hadir sama dalam lawatan adalah Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB); Chng Kuet Shian dan Residen Samarahan; Ibrahim Lumpu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...