More
    Home Malaysia Projek Bekalan Air Kanowit Fasa 2 kini capai 85.16 peratus siap

    Projek Bekalan Air Kanowit Fasa 2 kini capai 85.16 peratus siap

    SIBU, 28 JUN 2024 (SNN): Kerajaan Sarawak sentiasa mengambil berat terhadap keperluan bekalan air terutama bagi kawasan yang mengalami isu bekalan air mencukupi dengan melaksanakan beberapa langkah dalam Pelan Induk Bekalan Air Sarawak dan Grid Air.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, Projek Bekalan Air Kanowit Fasa 2 yang merupakan agihan paip dari Loji Rawatan Air Salim menuju Kanowit merupakan salah satu lagi projek air dalam pelan air jangka masa panjang yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT).

    Menurutnya, Projek yang dilaksanakan agensi Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) itu menelan kos sebanyak RM78.1 juta melibatkan pembinaan stesen pam penggalak Durin bersamaa tangki air atas permukaan tanah berkapasiti 1.5 Juta Liter Air (JLT), Tangki Aras Tinggi berkapasiti 3.5 JLT di Bakong Jagoi dan Pemasangan paip agihan sepanjang 55 Kilometer pelbagai saiz dari Loji Rawatan Air Salim, Sibu menuju Kanowit.

    “Setakat yang kita terima dan tinjau, kadar kemajuan projek ini telah mencapai 85.16 peratus siap berbanding 92.60% dari yang dijadualkan dan ianya dijangka siap pada Disember 2024 ini,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan lawatan kerja di tapak Projek Loji Rawatan Air Kanowit Fasa 2 baru-baru ini.

    Dato Sri Julaihi ketika membuat tinjauan di tapak Projek Loji Rawatan Air Kanowit Fasa 2 bersama rombongan lain

    Jelas Julaihi lagi, dengan siapnya projek itu nanti serta mulai beroperasi dijangka akan menambahbaik tekanan air dan kestabilan bekalan air di Durin, Kanowit dan sekitarnya disamping menambah bekalan air ke kawasan Nibong Tada dan Machan termasuklah Sibu Jaya.

    Turut hadir sama ialah Timbalan Menteri MUT; Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Tetap Kementerian MUT; Jafri Lias, Pengarah JBALB; Ir. Awang Mohamad Fadillah Awang Redzuan, ADUN-ADUN dan MP di kawasan terlibat serta tetamu yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    SDEC perkenal MySRBN Home Package dengan kadar bulanan yang lebih murah...

    0
    KUCHING, 01 JULAI 2024 (SNN): Dalam usaha memastikan setiap rakyat menikmati jaringan telekomunikasi yang lebih baik Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi serta...