More
    Home Sarawak Kuching Program 'Sarawak Kicthen' dan Gerai Jualan PMKS bantu peniaga jana pendapatan

    Program ‘Sarawak Kicthen’ dan Gerai Jualan PMKS bantu peniaga jana pendapatan

    KUCHING, 28 OKTOBER 2023 (SNN): Penganjuran Program ‘Sarawak Kitchen’ dan Gerai Jualan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak dalam mengetengahkan produk tempatan disamping membantu usahawan tempatan menjana pendapatan.

    Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, program sama yang diadakan sempena Regatta Sarawak pada tahun lepas telah mencapai hasil jualan sekitar RM1 juta dan bagi tahun ini harapan kita adalah mampu menembus lebih daripada itu hasil jualan.

    “Pada kali ini sebanyak 50 gerai jualan disediakan untuk penjual yang mana ianya dibuka mengikut kapasiti kawasan berkenaan,” katanya.

    “Sebenarnya, ramai yang memohon untuk menyertai jualan di tapak ini, namun kita hanya dapat menyediakan 50 buah gerai sahaja. Kita yakin usaha ini dapat memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mempromosikan produk mereka,” katanya selepas menyempurnakan Pelancaran ‘Sarawak Kitchen’ dan Gerai Jualan PMKS di Tebingan Sungai Kuching pada petang Jumaat.

    Datuk Amar Awang Tengah beramah mesra dengan peserta yang mengambil bahagian dalam Program ‘Sarawak Kicthen’ di Tebingan Sungai, Kuching.-Foto UKAS

    Dalam pada itu, Datuk Amar menambah, program Regatta tersebut nanti mula berlangsung pada hari ini sehingga pada 5 November dan bermula pada 8.30 pagi sehingga 10 malam.

    Sepanjang program itu nanti juga, pelbagai aktiviti akan diadakan di pentas Dapur Sarawak termasuk pertandingan nyanyian, pertunjukan fesyen kanak-kanak, pertandingan makan buah, kempen makan buah, kuiz, cabutan kupon bertuah, pertandingan mengupas udang, demo dan praktikal solekan, demo masakan dan pertunjukan sains mini oleh PETRONAS.

    Terdahulu, seramai 33 usahawan yang menjual pelbagai produk makanan dan minuman di Dapur Sarawak, manakala di gerai jualan PMKS menampilkan 17 usahawan produk makanan kering dan produk kesihatan atau kecantikan gerai jualan.

    Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sherrina Hussaini dan tetamu kehormat yang lain.

    Program ini merupakan anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (MINTRED) adalah dengan kerjasama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED), Jabatan Pertanian Sarawak (DOA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMS), Jabatan Wanita dan Keluarga (JWKS), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Kampung Budaya Sarawak (SCV).-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Semua Pelajar Sarawak di IPT seluruh Malaysia layak terima Bantuan Wang...

    0
    KUCHING, 23 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak tidak mengenakan sebarang pembayaran balik ke atas Bantuan Wang Saku yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari negeri ini yang...