More
    Home Program SAMAsiswa AKYBMS adakan majlis sungkei

    Program SAMAsiswa AKYBMS adakan majlis sungkei

    KUCHING, 11 MEI (SNN)– Bertempat di Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Jalan Rodway telah dianjurkan sebuah majlis sunkei, berbuka puasa yang dikenali sebagai SAMAsiswa 2019 SAMAsungkei 1.0. Majlis berbuka puasa anjuran bersama Kursi Nusantara di Institut Pengajian Borneo, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) itu dihadiri oleh prasiswazah UNIMAS seramai 20 orang, graduan Melayu Sarawak yang merupakan anggota Ikatan Graduan Melayu Sarawak, para pekerja AKYBMS dan wakil anggota dari Institute Borneo Studies (IBS), UNIMAS.

    Penganjur turut mengajak peserta-peserta untuk menunaikan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Witir bersama-sama dalam usaha mengimarahkan ibadah yang tertera di Rukun Islam keempat tersebut.

    Encik Samsol Morshidi Bujang dalam slot ucapan alu-aluan menyeru siswazah yang hadir agar menyeimbangkan pembelajaran dengan penglibatan dalam program-program kemasyarakatan, contohnya program-program yang dianjurkan oleh AKYBMS, IGMS dan IBS. Hal ini menurut beliau, akan membolehkan mereka apabila bergelar graduan kelak untuk berdaya saing, kontemporari dengan jati diri Melayu Sarawak yang teguh, berasaskan syarak. 

    Selain itu, al-Fadhil Ustaz Khairul dipetik sebagai berkata, berpuasa pada bulan Ramadan bukan saja kerana difardukan ke atasnya, malah ibadah puasa tersebut adalah peluang untuk memperbaiki iman kepada Allah dan Rasulullah SAW. Hal ini sesuai dengan kurniaan Ramadan sebagai bulan penuh pengampunan, rahmat dan dibebaskan dari api neraka oleh Allah Taala kepada hambaNya. 

    Majlis ditutup oleh wakil AKYBMS, Encik Yusuf Jalli menggalakkan lebih ramai graduan Melayu Sarawak menyertai persatuan belia seperti Ikatan Graduan Melayu Sarawak untuk menggalakkan perkembangan mereka secara holistik, dan diramalkan berdasarkan jumlah penyertaan yang menggalakkan, program seumpamanya akan dianjurkan lagi pada masa akan datang.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...