More
    Home Sarawak Kuching Program MCMC Microsoft AI TECH fokus lahirkan rakyat Malaysia celik teknologi Kecerdasan...

    Program MCMC Microsoft AI TECH fokus lahirkan rakyat Malaysia celik teknologi Kecerdasan Buatan (AI)

    KUCHING, 27 APRIL 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak komited dalam menunjukkan komitmennya dalam memacu transformasi digital menerusi Sarawak Digital Economy Blueprint 2030 dengan menjadikan ekonomi digital sebagai salah satu pemacu pembangunan negeri.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi dalam ucapannya menjelaskan, Penubuhan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) merupakan manifestasi komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan teknologi digital dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

    Katanya, terdapat beberapa fokus utama kepada peralihan ekonomi digital termasuklah sektor pertanian pintar, pendidikan, penjagaan kesihatan dan perusahaan tempatan selain memberi fokus kepada penyediaan akses teknologi digital bagi kawasan luar bandar dan pedalaman.

    Bercakap mengenai Program MCMC Microsoft AI TECH, Julaihi menegaskan usaha kerajaan Sarawak kini dalam peringkat mempersiapkan rakyatnya untuk menjadi pengguna dan pencipta teknologi itu sendiri.

    “Melalui program ini dan kemahiran digital lain, kerajaan juga dalam proses mempersiapkan tenaga kerja yang bersedia untuk masa hadapan yang memberi tumpuan kepada golongan rentan, penjawat awam serta masyarakat umum agar tidak hanya celik teknologi bahkan kompeten serta berdaya saing di peringkat global.

    “Seperti yang kita lihat, kita kini sedang dalam fasa peralihan ke arah kerajaan pintar dimana kebanyakan perkhidmatan kerajaan seperti pembayaran bil, lesen, aduan awam dan pelaporan kini boleh diakses dalam talian,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran MCMC-Microsoft AI TECH di CENTEX Santubong, di sini, hari ini.

    Dato Sri Julaihi merakam gambar bersama warga CENTEXS selepas Majlis Pelancaran Program MCMC-Microsoft AI TEACH

    Tambahnya lagi, sehingga kini lebih 2,000 peserta dari seluruh negara telah berjaya menjalani latihan yang merangkumi asas AI, AI Generatif, prinsip etika dan keselamatan serta kemahiran praktikal yang nantinya boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

    Di Sarawak ini, jelasnya pelaksaan program AI ini amat bertepatan dengan aspirasi dan matlamat di bawah Sarawak Digital Economy Blueprint 2030 yang menekankan keperluan membina modal insan berkualiti dan merapatkan jurang teknologi antara bandar dengan luar luar bandar.

    Justeru, Program MCMC Microfot AI TECH ini bukan hanya sekadar program latihan semata-mata, tetapi sebahagian daripada ekosistem digital yang lebih besar yang dirancang untuk melahirkan rakyat Sarawak yang kompeten dan berkualiti dalam bidang teknologi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Program MCMC Microsoft AI TECH fokus lahirkan rakyat Malaysia celik teknologi...

    0
    KUCHING, 27 APRIL 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak komited dalam menunjukkan komitmennya dalam memacu transformasi digital menerusi Sarawak Digital Economy Blueprint 2030 dengan menjadikan ekonomi...