More
    Home Malaysia Program mahasiswa bersama komuniti tingkatkan kesalinghubungan dengan masyarakat

    Program mahasiswa bersama komuniti tingkatkan kesalinghubungan dengan masyarakat

    SADONG JAYA, 09 JUN 2024: Seramai 200 orang mahasiswa dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menganjurkan program khidmat komuniti melalui Program UNIMAS Riadah Komuniti bersama penduduk Kampung Sungai Putin di sini pada Sabtu.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris telah hadir meluangkan masa beliau bersama pelajar-pelajar UNIMAS dalam majlis penangguhan program tersebut di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Putin.

    Awla berkata, program seumpama ini amat baik sekali sebagai pendedahan awal para pelajar dengan komuniti dan orang kampung.

    “Pada satu hari nanti, pelajar-pelajar di hadapan saya inilah yang akan mencorakkan negeri dan negara kita pada masa akan datang.

    “Dengan adanya program ini juga, ia boleh dijadikan sebagai satu pengalaman buat para pelajar semasa berada di alam pekerjaan satu hari nanti di mana kita juga akan bersemuka dan berinteraksi dengan komuniti-komuniti,” katanya ketika berucap pada majlis penangguhan tersebut.

    ADUN Simunjan, Awla Deris ketika berucap pada majlis penutupan Program UNIMAS Riadah Komuniti di Dewan Kpg Sg Putin-foto UKAS

    Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada kesemua para pelajar UNIMAS dan penduduk Kampung Sungai Putin di atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini.

    Dalam program tersebut, para pelajar telah meluangkan masa bersama kira-kira 200 penduduk kampung di situ dengan membuat pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, mengecat dewan, membersihkan kawasan tanah perkuburan, sesi pengenalan dan latihan memanah, ceramah kesedaran tentang alam semulajadi, pertandingan mewarna kanak-kanak dan banyak lagi.

    Dalam kesempatan itu juga, Awla juga turut mengumumkan untuk menyumbangkan sebanyak 100 unit kerusi kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Putin.

    Hadir sama, Pengarah Program UNIMAS Riadah Komuniti; Ahmad Nazit Morshidi, Pengerusi Program Projek Kesukarelawanan dan Khidmat Komuniti; Yusup Mahrup, Penolong Jurutera UNIMAS; Wan Hosen Wan Shekh, Penolong Hal Ehwal Islam UNIMAS; Arif Mat, Ketua Zon 4 Rangawan; Rafendy Ariffen dan Timbalan Ketua Cawangan PBB Simunjan; Bojeng Ali.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...