SEBUYAU, 30 APRIL 2021 (SNN) : Penganjuran Program Gotong-Royong memasuk bubur lambuk yang diadakan di Kmapung Tebelu oleh Pusat Khidmat DUN Sebuyau secara tidak langsung membina hubungan silaturahim antara penduduk kampugn yang terlibat lebih-lebih lagi dijalankan pada bulan mulia ini.
Program yang dijalankan bermula jam pukul 10 pagi pada Khamis itu dimulakan dengan aktiviti memasak bubur lambuk sebelum diagihkan kepada penduduk kampung Tebelu pada jam 2 petang dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tebelu.
Pengagihan bubur lambuk dan kurma sebanyak 220 bekas yang disediakan oleh JKKK Kampung Tebelu Hulu dan 120 bekas JKKK Kampung Tebelu Hilir telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sebuyau, Pemanca Asli Yahya mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi.
Agihan turut diserahkan kepada warga pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) Tebelu dan para pekerja di Pusat Internet Kampung Tebelu dan rata-rata penduduk yang menerima sumbangan tersebut menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada Datuk Julaihi serta yang terlibat dalam program berkenaan.-SUMBER UKAS.