More
    Home Sarawak Bintulu PRK Jepak: GPS raih majoriti besar tanda rakyat mahu kerajaan teruskan pembangunan...

    PRK Jepak: GPS raih majoriti besar tanda rakyat mahu kerajaan teruskan pembangunan di bawa oleh Allahyarham Datuk Talib

    BINTULU, 05 NOVEMBER 2023: Kemenangan bergaya Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak yang memperoleh majoriti lebih 8,000 undian jelas menunjukkan bahawa rakyat di kawasan itu menerima dasar yang dirancang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

    Premier Sarawak merangkap Presiden parti GPS Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata kejayaan itu juga bukti rakyat di Jepak menyokong perancangan pembangunan yang hendak dibawa oleh kerajaan Sarawak terutama untuk membangunkan kawasan Jepak Jaya.

    Ujarnya beliau yakin wakil rakyat DUN Jepak yang baharu, Iskandar Turkee akan meneruskan perancangan pembangunan Jepak Jaya yang juga cadangan mantan ADUN, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip.

    “Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pengundi yang telah memberi sokongan dan keyakinan kepada calon GPS, saudara Iskandar yang telah dipilih menjadi wakil rakyat bagi kawasan Jepak pada Pilihan Raya Kecil ini.

    “Sudah tentu ini adalah satu tanda bahawa masyarakat kita khasnya di Jepak dan di kawasan Bintulu telah menerima dasar-dasar yang telah kita rancang dan akan kita laksanakan untuk pembangunan di bahagian Bintulu lebih-lebih lagi cadangan untuk membangunkan Jepak Jaya yang juga telah dicadang bersama oleh Allahyarham Datuk Talib Zulpilip.

    “Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan komponen Parti GPS yang telah juga bertungkus lumus untuk menerangkan kepada pengundi mengenai dasar-dasar kerajaan dan juga satu pendekatan yang begitu akrab, kerjasama di antara parti-parti GPS,” jelas beliau dalam sidang selepas selesai pengumuman keputusan PRK DUN Jepak di Dewan Suarah Bintulu pada Sabtu.

    Premier Sarawak dalam sidang media selepas pengumuman keputusan PRK DUN Jepak di Dewan Suarah Bintulu-Foto UKAS

    Tambah Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari lagi, kemenangan Iskandar dengan majoriti 8784 undi juga mesej ketara bahawa proses demokrasi bukan sekadar landasan untuk bertanding tetapi untuk melihat realiti apa yang sebenarnya berlaku di kawasan Bintulu terutama di Jepak.

    Katanya, GPS akan terus berusaha menjadikan Sarawak sebagai negeri maju dan makmur pada tahun 2030 dan tidak terkecuali Bahagian Bintulu yang mana akan terus maju dengan pelbagai perancangan sudah dirancang dan akan dilaksanakan sehingga menjelang tahun 2023.

    “Juga satu tandanya kemenangan ini, orang Bintulu memberi ‘endorsement’ kepada kerajaan GPS untuk mengemaskini pembangunan yang ada di Bintulu termasuk Pelabuhan Bintulu yang harus diserah balik kepada Sarawak.

    “Ini adalah endorsement yang kuat untuk kita membangunkan Bintulu secara tersusun lebih-lebih lagi Samalaju dan Kidurong termasuk kawasan Jepak Jaya yang akan kita bangunkan menjadi model bandar perindustrian yang lengkap dengan fasiliti-fasiliti yang boleh membawa banyak lagi pelaburan datang ke Sarawak,” jelas Premier Sarawak lagi.

    Pada PRK Jepak, Iskandar meraih 9,638 undi untuk menewaskan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang yang mendapat 854 undi dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing dengan hanya 431 undi.

    Turut hadir sama Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah; Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti; Datuk Rosey Yunus, ADUN Jepak; Iskandar Turkee serta dif-dif kenamaan yang lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...