More
    Home Malaysia Premier Sarawak terima Anugerah Kepimpinan Cemerlang ASEAN 2024

    Premier Sarawak terima Anugerah Kepimpinan Cemerlang ASEAN 2024

    KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2024: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg sekali lagi mencipta nama di persada Asia Tenggara apabila dianugerahkan ‘The Great ASEAN Distinguished Leadership Excellence Award’ di sebuah hotel terkemuka pada Khamis sempena Anugerah Keusahawanan ASEAN 2024.

    Anugerah berprestij daripada KSI Strategic Institute for Asia Pacific dan ASEAN Economic Club itu disampaikan kepada Premier Sarawak oleh Pengerusi KSI Strategic Institute for Asia Pacific, Tan Sri Majid Khan dan Presiden KSI Strategic Institute for Asia Pacific, Tan Sri Michael Yeoh.

    Malam yang dipenuhi dengan detik-detik bersejarah dan istimewa itu adalah bagi meraikan dan mengiktiraf individu-individu luar biasa dari kawasan ASEAN yang menyumbang dalam memajukan pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi serantau.

    Berucap dalam majlis tersebut, Premier Sarawak memberitahu, beliau amat berbesar hati menerima anugerah yang berprestij ini dan berada di kalangan individu-individu yang luar biasa.

    Menurut beliau lagi, dalam menterjemahkan pengiktirafan anugerah itu, usaha Kerajaan Sarawak masa kini adalah menuju ke arah mentransformasikan ekonomi negeri berasaskan sumber tenaga boleh diperbaharui.

    “Saya yakin dalam apa-apa aktiviti ekonomi, sumber tenaga boleh diperbaharui merupakan asas yang sangat signifikan dan penting.

    “Sarawak telah lama dikenali dengan sumber tenaga boleh diperbaharui yang banyak dengan komitmen untuk membangunkan 10 gigawatt (GW) tenaga bersih yang terdiri daripada tenaga hidro dan turbin gas menjelang tahun 2030,” katanya dalam majlis tersebut.

    YAB Premier ketika menerima anugerah yang disampaikan oleh Pengerusi KSI Strategic Institute for Pacific-foto UKAS

    Datuk Patinggi Abang Zohari menambah, Kerajaan Sarawak bersedia bekerjasama negara-negara serantau dalam membangunkan Grid Tenaga ASEAN di dasar laut sebagai sebahagian daripada usaha membekalkan sumber tenaga elektrik di wilayah Asia Tenggara.

    Dalam pada itu, Premier Sarawak memberitahu, Bintulu bakal menjadi hab tenaga boleh diperbaharui Sarawak apabila rakan kongsi dari Korea dan Jepun kini telah memasuki tahap Front-End Engineering and Design (FEED) untuk menghasilkan hidrogen hijau menjelang 2027.

    “Sarawak akan mengeksport kembali hidrogen ke kedua-dua negara dan sebahagian akan digunakan untuk kegunaan domestik dengan kapasiti gabungan sebanyak 240,000 tan setahun,” katanya.

    Majlis anugerah tersebut juga mengiktiraf 18 usahawan luar biasa dalam pelbagai kategori, meraikan pencapaian signifikan dan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

    Untuk rekod, anugerah ini adalah bagi mengiktiraf mereka yang telah menunjukkan kepimpinan yang luar biasa, memberikan sumbangan yang signifikan dalam bidang masing-masing, dan memberi impak positif kepada komuniti atau industri mereka.

    Kriteria untuk menerima anugerah ini termasuk kepimpinan yang terbukti, rekod kejayaan, sumbangan kepada komuniti ASEAN dan pematuhan kepada prinsip pembangunan mampan.

    Anugerah tersebut juga bertujuan bagi memberi inspirasi kepada orang lain dalam rantau ini untuk mencapai kecemerlangan dan menyumbang kepada matlamat ASEAN untuk keamanan, kemakmuran dan perpaduan.

    Turut hadir sama, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta tetamu kehormat yang lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...