More
    Home Sarawak Kuching Premier Sarawak serah daging qurban kepada 100 orang asnaf dalam...

    Premier Sarawak serah daging qurban kepada 100 orang asnaf dalam Majlis Qurban Perdana anjuran MAIS

    KUCHING, 11 JULAI 2022 (SNN): Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Openg berkesempatan menyempurnakan Majlis Qurban Perdana 1453H/2022M yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS) di perkarangan Dewan Hikmah di sini pada Ahad.

    Majlis tersebut dimulai dengan bacaan doa dan seterusnya simbolik penyembelihan haiwan qurban di perkarangan Dewan Hikmah.

    Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha yang disambut oleh umat Islam semalam, Premier Sarawak kemudian telah menyampaikan sumbangan qurban kepada 100 orang penerima yang terdiri daripada golongan Asnaf.

    Premier Sarawak bersama beberapa menteri dan timbalan menteri tiba di masjid Jamek menunaikan solat sunat Aidil Adha sebelum berangkat ke Majlis Qurban Perdana.

    Terdahulu, sebelum berangkat ke majlis qurban Premier Sarawak bersama beberapa menteri dan timbalan menteri kabinet kerajaan negeri menunaikan Solat Sunat Aidil Adha di Masjid Jamek Petra Jaya yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi.

    Selesai menunaikan solat sunat, para jemaah yang hadir turut mendengar khutbah yang disampaikan oleh Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Sahamah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berada di landasan tepat sebagai peneraju inovasi digital

    0
    BARCELONA, 05 MAC 2025: Kerajaan Sarawak kini berada di landasan yang tepat sebagai peneraju dalam inovasi digital dengan memastikan teknologi pintar terus mendorong pertumbuhan...