More
    Home Malaysia Premier Sarawak namakan masjid baharu Sebuyau sebagai Masjid Al-Muflihin yang membawa maksud...

    Premier Sarawak namakan masjid baharu Sebuyau sebagai Masjid Al-Muflihin yang membawa maksud ‘Orang yang berjaya’

    SEBUYAU, 19 OGOS 2023 (SNN): Daerah Sebuyau yang terletak di Bahagian Kota Samarahan semakin menerima pelbagai limpahan pembangunan yang pesat menerusi inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak.

    Salah satu pembangunan yang menampakkan hasil adalah dengan berdirinya sebuah masjid baharu di Daerah Sebuyau yang membawa lambang kemahsyuran Islam di kawasan ini yang dinamakan sebagai Al-Muflihin oleh YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi dalam kenyataan beliau menzahirkan kesyukuran di atas rasminya pembinaan dan siap masjid baharu Daerah Sebuyau itu yang dirasmikan sendiri oleh Premier Sarawak.

    Katanya, masjid yang dibina dengan dana sebanyak RM10.858 juta dari kerajaan Sarawak termasuk wakaf dari orang ramai itu siap sepenuhnya pada tahun 2022 dan mampu menampung lebih seribu jemaah pada satu-satu masa.

    “Ini membuktikan syiar Islam di negeri ini akan terus terjaga di bawah kepimpinan YAB Abang jo yang sentiasa menjaga kebajikan masyarakat Islam di samping tidak melupakan kebajikan masyarakat kaum lain yang bukan beragama Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

    Sekitar Majlis Perasmian sekaligus pemberian nama Masjid Al-Muflihin,Sebuyau oleh YAB Premier Sarawak-Foto Pejabat Premier Sarawak

    Dalam pada itu, Premier Sarawak pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Al-Muflihin, Sebuyau memberitahu, selain terbinanya masjid baharu di daerah ini, kerajaan Sarawak turut merancang untuk menubuhkan menubuhkan Majlis Daerah Sebuyau dalam usaha memacu pembangunan infrastruktur asas di kawasan berkenaan.

    “Salah satu perancangan yang sedang dirangka adalah untuk meningkatkan perkhidmatan serta urus tadbir pembangunan termasuklah kemudahan-kemudahan rakyat seperti sekolah, klinik kesihatan, perumahan dan jalan raya penghubung.

    “Dengan adanya Pejabat Majlis Daerah tersebut itu nanti, ia sekaligus meningkatkan perkhidmatan jentera kerajaan kepada rakyat selaras dengan hasrat kerajaan Sarawak dalam mendigitalkan ekonomi,” katanya lagi.

    Selain itu, tambah Abang Johari lagi sebanyak 235 lot rumah dan 214 lot kedai serta Klinik Kesihatan Sebuyau baharu juga akan dirasmikan dalam masa terdekat kelak.

    “Ini bermakna seluruh Sebuyau akan menjadi satu bandar yang besar dengan menghubungkan jalan raya menuju ke Simanggang melalui Banting dan Lingga dan kita boleh bangunkan kawasan pertanian padi kita dengan lebih teratur,” jelasnya lagi.

    Hadir sama dalam program itu ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau; Datuk Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti); Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak; Dr Hazland Abang Hipni, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak; Datuk Misnu Taha, Residen Bahagian Samarahan; Mohamad Irwan Bahari Bujang dan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak; Khalidi Ibrahim.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...