More
    Home Malaysia Premier Sarawak Diundang Sampaikan Ucaptama Berhubung Tenaga Hijau Di Hong Kong

    Premier Sarawak Diundang Sampaikan Ucaptama Berhubung Tenaga Hijau Di Hong Kong

    MUKAH, 14 OGOS 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memaklumkan beliau menerima undangan ke Hong Kong untuk menyampaikan ucaptama berkenaan tenaga hijau, sekaligus menandakan pengiktirafan antarabangsa terhadap pendekatan Sarawak dalam pembangunan sektor tersebut.

    Beliau mengakui jemputan itu sebagai bukti dunia kini semakin mengenali Sarawak melalui usaha negeri ini dalam memajukan sumber tenaga hijau.

    “Saya bersyukur kerana telah menerima jemputan dari Hong Kong untuk berkongsi kaedah baharu dalam pembangunan tenaga hijau.

    “Alhamdulillah, dunia kini sudah mula mengenali Sarawak melalui pendekatan ini,” katanya ketika berucap semasa Majlis Makan Malam Pemimpin bersama Rakyat di Kingwood Resort, Mukah, pada Selasa.

    YAB Premier ketika melakukan upcara memotong kek sempena ulang tahun kelahiran beliau-foto UKAS

    Dalam ucapannya, Datuk Patinggi Abang Zohari turut menyatakan rasa terharunya terhadap jemputan yang diterima dari pelbagai negara untuk berkongsi pandangan serta pengalaman Sarawak dalam bidang ekonomi baharu dan tenaga hijau.

    Antara negara yang telah mengundang beliau adalah Poland, Belanda, Thailand, Singapura dan beliau dijangka ke Sydney, Australia minggu hadapan untuk membincangkan isu yang sama.

    “Pengiktirafan ini jelas menunjukkan kejayaan Sarawak dalam menjadi perintis di rantau ini dalam bidang tenaga hijau, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Sarawak di persada antarabangsa,” tambahnya.

    Terdahulu, pada sebelah petang, beliau bersama rombongannya telah mengadakan lawatan serta tinjauan ke kawasan Tebingan Sungai Balingian.

    Beliau juga menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk menaik taraf kawasan tersebut, dengan matlamat menjadikan Waterfront Balingian sebagai pusat tumpuan baharu yang bersambung ke seluruh pasar Balingian.

    Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat; Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat; Dato Sri Roland Sagah Wee In, Menteri di Jabatan Premier Sarawak; Dato Sri John Sikie Tayai, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Ekonomi (Malaysia) merangkap Ahli Parlimen Mukah; Dato Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Utliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi); Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar; Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS); Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan MA63); Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek); Datuk Gerawat Gala, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi Dan Pembangunan); Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran); Datu Buckland Bangik, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap ADUN Tupong; Fazzruddin Abdul Rahman, ADUN Tellian; Royston Valentine, ADUN Balingian; Abdul Yakub Arbi, ADUN Daro; Safiee Ahmad, Residen Bahagian Mukah; Kueh Lei Poh serta tetamu kehormat lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...