BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah dikurniakan Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama P.S.N.B yang membawa gelaran Dato Seri Setia.
Penganugerahan ini dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Datuk Patinggi Abang Zohari adalah antara para penerima darjah kebesaran negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78.
Hadir sama ketika istiadat pengurniaan tersebut, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tun Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.
Turut hadir isteri Premier Sarawak; Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei; Nur Ezira Mahadi-UKAS