More
    Home Sarawak Kuching Prasarana Utiliti di Sarawak perlu peruntukan besar-Julaihi

    Prasarana Utiliti di Sarawak perlu peruntukan besar-Julaihi

    KUCHING, 25 FEBRUARI 2023 (SNN): Peruntukan lebih RM2.5 bilion dalam Belanjawan 2023 bagi melaksana beberapa projek melibatkan prasarana awam di Sabah dan Sarawak mendapat respon Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi.

    Dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau memberitahu bahawa Sarawak masih memerlukan jumlah peruntukan yang besar untuk pembangunan prasarana utiliti di luar bandar terutama bekalan air memandangkan kadar liputan bekalan setakat ini hanya 67.2 peratus.

    Katanya, jumlah peruntukan yang diumumkan untuk prasarana utiliti adalah tidak mencukupi bagi memenuhi hasrat kerajaan Sarawak mencapai liputan penuh bekalan air menjelang 2030.

    “Kementerian saya mengalu-alukan dan berterima kasih dengan pengumuman oleh Perdana Menteri melalui ucapan Belanjawan 2023 semalam yang mana Sarawak mendapat RM5.6 billion untuk peruntukan pembangunan.

    “Walaubagaimanapun, hanya sejumlah RM2.5 billion dari jumlah keseluruhan RM12.1 billion untuk Sarawak dan Sabah, atau 20 peratus adalah untuk projek jalan, lampu jalan serta utiliti bekalan air dan elektrik di kedua-dua wilayah Sarawak dan Sabah.

    “Memandangkan kawasan Sarawak adalah luas dengan bentuk muka bumi yang mencabar, jumlah peruntukan yang diperlukan untuk mencapai liputan penuh bekalan air adalah sebanyak RM19 billion,” ujarnya.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...