More
    Home Sarawak Kuching Potensi Sarawak Dalam Pengeluaran Tenaga Diperbaharui Berjaya Tarik Pelaburan Luar Negara

    Potensi Sarawak Dalam Pengeluaran Tenaga Diperbaharui Berjaya Tarik Pelaburan Luar Negara

    KUCHING, 18 JUN 2022 (SNN): Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bukan lagi parti kampung sebaliknya telah melangkah ke hadapan seiring dengan apa yang berlaku di dunia hari ini.

    Menurut Yang di Pertua PBB Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, ini berlaku apabila Belanda menjemput Premier Sarawak bercakap dalam Sidang Kemuncak dan Pameran Hidrogen Dunia 2022 di Rotterdam, Belanda baru-baru ini.

    Jemputan ini dibuat selepas melihat potensi Sarawak dalam pengeluaran tenaga diperbaharui seperti hidrogen dan karbon.

    “Hari ini tanya kepada Datuk Amar Awang Tengah dan Datuk Amar Douglas Uggah orang luar mana kerap datang ke Sarawak. Baru-baru ini Duta Jerman telah datang ke Sarawak diikuti, wakil dari Korea dan Belgium kesemua mereka bercakap hal berkaitan tenaga.

    “Malahan, wakil Korea beritahu mereka hendak menyimpan karbon di Sarawak. Saya kata, ok. Kenapa tidak? Kita akan belajar dari situ dan ini akan menjadi pendapatan kepada Sarawak,” katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu.

    Ahli dan perwakilan dari pelbagai cawangan PBB hadir pada perasmian Perhimpunan Agung PBB di BCCK, pagi tadi.

    Tambah Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari lagi, pendapatan ini mungkin lebih daripada SST dengan melihat potensi penambahan pendapatan Sarawak pada masa akan datang dicadangkan penubuhan Dana Berdaulat untuk anak-anak rakyat Sarawak.

    Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari yang juga Premier Sarawak itu menambah, kejayaan Sarawak memperuntukan bajet setiap tahun melebihi RM10 bilion dalam tempoh lima tahun telah menyebabkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyasarkan Sarawak akan bankrap.

    Ujar beliau lagi, sehingga ke hari ini dan selepas tiga tahun, ekonomi Sarawak masih terus membangun dan maju.

    “Dulu DAP masa Pakatan Harapan jadi kerajaan kata kita bankrup kerana peruntukan yang saya beri RM10 bilion satu tahun.

    “Dalam bajet (Sarawak) tidak pernah bajet kita melebihi RM10 bilion.

    “5 tahun belum bankrap. Bahkan rating agensi antarabangsa telah memberi kita )sarawak) 3A dan kini masih 3A,” ujar beliau lagi.

    Malah, peruntukan bajet yang besar ini digunakan untuk membangunkan Sarawak khususnya kawasan luar bandar.

    Hadir sama Timbalan Yang di Pertua Parti PBB merangkap Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Naib Yang di Pertua Kanan; Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Dato Sri Fadillah Yusof, Naib Yang di Pertua; Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Datuk Julaihi Narawi, Dr Annuar Rapae, Datuk Roland Sagah Wee Inn, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Ketua Pergerakan Wanita PBB Sarawak; Dato Sri Fatimah Abdullah, Ketua Pemuda PBB Sarawak; Miro Simuh, Pengerusi Tetap; Tan Sri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan Setiausaha PBB Sarawak; Datuk Alexander Nanta Linggi.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...