More
    Home Malaysia PIBG sekolah terus dibantu bagi melancarkan penganjuran program sekolah-Julaihi

    PIBG sekolah terus dibantu bagi melancarkan penganjuran program sekolah-Julaihi

    SEBUYAU, 08 FEBRUARI 2023 (SNN): Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau akan terus dibantu bagi membolehkan penganjuran program sekolah berjalan lancar.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap ADUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata, kesemua 19 PIBG sekolah rendah dan sekolah menengah (PIBG SMK Sebuyau) akan terus dibantu dengan menggunakan geran tahunan seperti tahun sebelum-sebelum ini.

    “Sebanyak RM190 ribu geran telah diluluskan untuk 19 PIBG sekolah rendah manakala RM30 ribu untuk sekolah menengah bagi tahun ini bagi tujuan menjalankan aktiviti akademik dan kokurikulum.

    “Selain itu, peruntukan RM30 juga telah diluluskan masing-masing untuk Majlis Guru Besar Zon Sebangan dan Sebuyau,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Khatam Al-Quran di SK Hj Bujang Sebangan, semalam.

    Datuk Julaihi menyampaikan sijil penyertaan kepada 38 pelajar yang berjaya khatam Al-Quran tahun ini.

    Dalam pada itu, Datuk Julaihi turut mengumumkan geran khas sebanyak RM50 ribu kepada SK Hj Bujang sebagai tanda mengenang jasa dan sumbangan sekolah terbabit terhadap beliau semasa menuntut ilmu di zaman sekolah rendah suatu ketika dahulu.

    Bercakap mengenai majlis khatam tersebut, Datuk Julaihi berharap majlis seperti itu akan diteruskan setiap tahun bagi memupuk semangat cintakan Al-Quran dalam kalangan anak muda yang nanti akan menjadi pegangan dan pedoman di masa tua.

    Turut hadir sama Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...