More
    Home Malaysia PFA ODIN muncul juara SAMArindok Futsal AKYBMS Edisi iii 2022

    PFA ODIN muncul juara SAMArindok Futsal AKYBMS Edisi iii 2022

    KOTA SAMARAHAN, 02 OGOS 2022 (SNN): SAMArindok Futsal Edisi iii 2022 anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bertempat di Stadium Tertutup Kota Samarahan yang berlangsung selama dua hari telah melabuhkan tirai pada 31 Julai 2022 lalu dengan menyaksikan sebanyak 48 pasukan berentap bagi merebut tempat pertama, kedua dan ketiga.

    Liga kali ini menyaksikan pasukan daripada PFA ODIN muncul sebagai juara manakala tempat kedua dimenangi oleh pasukan EVOLUTION FT diikuti KASMA FT dan TADANI FT yang masing-masing membawa hadiah wang tunaip beserta trofi, baucer barangan sukan dan lain-lain.

    Antara lain anugerah yang turut disampaikan adalah saguhati Kluster 8 Terbaik, saguhati Kluster 16 terbaik dan anugerah khas seperti Pasukan SAMArindok, Pengurus SAMArindok, Pemain SAMArindok dan Penjaga Gol SAMArindok.

    YB Datuk Rubiah bersama Sdr Yusuf Jalli selaku pengerusi SAMArindok Futsal kali ini berfoto bersama pasukan futsal-Foto AKYBMS.

    Terdahulu, Ahli Parlimen P. 197 Kota Samarahan Datuk Hajah Rubiah Wang berkesempatan hadir bagi menyempurnakan acara perasmian SAMArindok Futsal AKYBMS Edisi III 2022 anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Bahagian Samarahan dan Kelab Belia Waja KASBA.

    Datuk Rubiah Wang dalam ucapan perasmian beliau menegaskan bahawa platform sukan futsal ini merupakan pentas yang terbaik bagi mencungkil bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

    “Warga Samarahan turut berbangga dan berbesar hati atas kesudian pihak AKYBMS membawa acara futsal berprestij Edisi Ke-3 ini ke Kota Samarahan dengan tema yang sangat unik iaitu SAMArindok. Lebih-lebih lagi jumlah hadiah wang tunai keseluruhan juga sangat lumayan iaitu RM12,600,” jelasnya.

    Saudara Yusuf bin Jalli yang mewakili Datu Pengurus Besar AKYBMS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola turut menyampaikan ucapan penghargaan yang tidak terhingga khususnya buat rakan kolaboratif strategik SSC dan KASBA serta penaja-penaja; Coneli/UH Sports (Penaja Barangan Sukan Rasmi) , Resonic Consultancy (Penaja Gangsa) dan Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) juga selaku Penaja Gangsa.

     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penganjuran Bazar Ramadan Uptown Desa Ilmu kali ini berkonsepkan ‘Green Market’

    0
    KOTA SAMARAHAN, 03 MAC 2025: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dengan kerjasama Persatuan Penjaja Uptown Desa Ilmu pada tahun ini menganjurkan Bazar Ramadan Uptown...