More
    Home Sarawak Kuching PETROS mampu hasilkan 700,000 tong gas bersubsidi setiap bulan untuk keperluan rakyat...

    PETROS mampu hasilkan 700,000 tong gas bersubsidi setiap bulan untuk keperluan rakyat Sarawak

    KUCHING, 02 DISEMBER 2023 (SNN): Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melalui PETROSNiaga Sdn Bhd bersedia untuk membekal silinder gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi bagi rakyat di negeri ini.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, sebanyak 700,000 silinder gas mampu dihasilkan setiap bulan di mana 16,000 hingga 22,000 silinder gas mampu dihasilkan sehari untuk memenuhi keperluan rakyat di negeri ini.

    “Saya difahamkan oleh pihak PETROS bahawa selepas mereka mengambil alih operasi penghasilan silinder LPG sepenuhnya, mereka telah siap sediakan silinder gas yang lebih daripada mencukupi untuk memenuhi keperluan rumah tangga Sarawak.

    “Silinder LPG yang dihasilkan oleh PETROS untuk memastikan ia kekal mampu milik dengan harga yang tetap,” katanya semasa sidang media selepas lawatan kerja ke Independent Oil Terminal (IOT) Senari pada Jumaat.

    Dato Sri Julaihi dan rombongan melakukan lawatan kerja ke IOT Senari bagi melihat proses penghasilan silinder LPG.

    Mengulas lanjut beliau memberitahu, silinder LPG bersubsidi ini merupakan satu cara mengembalikan duit kepada rakyat Malaysia melalui kedua-dua syarikat yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Sarawak.

    Turut hadir sama ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi); Datuk Liwan Lagang dan pegawai-pegawai kementerian lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...