More
    Home Sarawak Kuching PETRONAS sahkan tiada tindakan undang-undang diambil ke atas Sarawak dan PETROS berhubung...

    PETRONAS sahkan tiada tindakan undang-undang diambil ke atas Sarawak dan PETROS berhubung isu pengagihan gas asli

    KUCHING, 25 SEPTEMBER 2024: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) mengesahkan tiada sebarang tindakan undang-undang dikenakan ke atas Kerajaan Sarawak dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berhubung isu pengagihan gas asli di negeri itu.

    Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga pihak pada Selasa menjelaskan, Kerajaan Sarawak, PETRONAS dan PETROS menyatakan bahawa mereka menghormati serta mematuhi undang-undang Persekutuan dan Negeri berkaitan isu tersebut.

    Kenyataan sama juga menyatakan, perundingan mengenai pengagihan gas asli di Sarawak di antara pihak-pihak yang terlibat juga masih berterusan dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

    YAB Premier Sarawak ketika mempengerusikan mesyuarat bersama PETRONAS dan PETROS-foto Pejabat Premier Sarawak

    Baru-baru ini, Abang Johari juga menegaskan bahawa tiada sebarang isu antara Kerajaan Sarawak dan PETROS dengan Petronas malah katanya PETROS akan bekerjasama dengan PETRONAS dalam pembangunan aktiviti huluan dan hiliran.

    Terdahulu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mempengerusikan mesyuarat bersama PETRONAS dan PETROS di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia.

    Turut hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS; Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan); Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Faizzil Affandi dinobat juara Qari Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sarawak...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 28 FEBRUARI 2025: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-64 telah melabuhkan tirainya di Dewan Suarah Kota Samarahan pada Khamis...