More
    Home Malaysia Pesta Gedong salah satu platform bantu usahawan promosi produk tempatan

    Pesta Gedong salah satu platform bantu usahawan promosi produk tempatan

    GEDONG, 31 JULAI 2023 (SNN): Gedong ‘Kitchen’ yang dilaksanakan melalui Pesta Gedong mampu menjadi platform untuk mempromosikan produk-produk usahawan tempatan dan kawasan sekitarnya termasuk Simunjan.

    Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, inisiatif seumpamanya juga turut memberi peluang kepada peniaga tempatan untuk menarik perhatian pelancong, sekaligus meluaskan jangkauan pasaran produk mereka.

    “Dengan adanya Gedong ‘Kitchen’, diharap usahawan tempatan mendapat lebih sokongan dan pengiktirafan daripada masyarakat setempat dan pengunjung yang memeriahkan Pesta Gedong sehingga 30 Julai ini.

    “Kita tingkatkan usaha, bukan sahaja dapat kita terokai pasaran dari Gedong ini seperti luar dari Serian, atau ke Kuching; tapi kita dapat menembusi pasaran yang lebih luas, iaitu pasaran antarabangsa,”katanya ketika berucap merasmikan pra perasmian Gedong ‘Kitchen’ di Dataran Gedong pada Sabtu.

    Sekitar majlis pra perasmian Gedong Kitchen oleh YAB Timbalan Premier-Foto UKAS

    Dalam pada itu, Datuk Amar Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) menyatakan harapannya agar pesta berkenaan dapat menjadi momentum yang membawa semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

    “Saya berharap pesta ini akan timbulkan suasana kemeriahan, kemesraan, perpaduan dan semangat untuk kita bersama-sama memanfaatkan pembangunan yang ada dan meningkatkan taraf hidup kita,” tambahnya lagi.

    Seramai 32 usahawan di sini giat menjual pelbagai jenis makanan dan minuman termasuk produk serta kraftangan Sarawak, menerusi Gedong ‘Kitchen’ salah satu aktiviti sempena Pesta Gedong 2023.

    Selain aktiviti jualan, Gedong ‘Kitchen’ turut mengadakan aktiviti sampingan seperti pertandingan karaoke, pertandingan mengubah buah-buahan, persembahan Kugiran Kelab Peminat P.Ramlee Sarawak dan yang menariknya ialah akan datang iaitu program berambeh bersama Premier Sarawak pada Ahad ini.

    Hadir sama memeriahkan pra perasmian tersebut ialah Timbalan Menteri MINTRED; Datuk Dr. Malcom Mussen Lamoh, Ahli Parlimen Batang Sadong; Rodiyah Sapiee, Penasihat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) MINTRED merangkap wakil Khas ADUN Gedong; Datuk Naroden Majais, Pemangku Setiausaha Tetap MINTRED; Dzulkornain Masron dan Pegawai Daerah Gedong; Abdul Khalid Manap.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...